Semalam, usahawan yang juga pempengaruh, Emira Delyati Dewi atau lebih mesra dikenali sebagai Dewi telah memuat naik dokumen mahkamah di Instagram menyatakan bahawa dia sudah memfailkan memorandum kehadiran terhadap saman fitnah bagi pihak pempengaruh Cik Epal.
Dalam hantaran tersebut, Dewi menegaskan bahawa apa yang disampaikan melalui satu podcast tidak lama dulu adalah benar belaka.
Hari ini saya telah memfailkan memorandum kehadiran untuk saman fitnah bagi pihak Nur Munirah.
“Saya ingin tegaskan, apa yang saya katakan di podcast kelmarin adalah benar belaka. Saya berdoa kebenaran akan terungkai di mahkamah. Saya juga berharap kes ini tidak tamat di separuh jalan.
“Saya akan lawan sehingga ke perbicaraan untuk berhadapan dengan Nur Munirah,” tulisnya.
Artikel berkaitan: Jofliam & Dewi Mahu Buat Sumpah Laknat, Ingin Ceritakan Hal Sebenar Isu Pergolakan Rumah Tangga
Artikel berkaitan: “Jangan acah sangat bro” – Cik Epal Kongsi Rakaman Suara Jofliam Cuba Bel*sah Pembantunya?
“Saya dah habis iddah”
Dalam pada itu, melalui IG story, Dewi juga sempat memberi penjelasan berkenaan status dirinya yang difahamkan sudah bercerai.
Menurut Dewi, disebabkan isu itu sudah menjadi fitnah, dia terpaksa membuat kenyataan berhubung perkara berkenaan.
Saya dah habis iddah. Saya bercerai 30/10 dan ketika itu saya dalam keadaan suci. Saya perlukan 2 kali saja lagi untuk suci.
“Sekarang dah Januari. Tak perlulah nak cerita terperinci. Saya dah habis iddah,” katanya.
Terdahulu, pempengaruh Cik Epal bersama peguamnya telah menghantar surat saman dan penyataan tuntutan terhadap Dewi.
Bekas isteri Jofliam itu juga berkata, dia tidak menerima sebarang permohonan maaf daripada pihak Dewi lalu memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang.