in

Desak Larangan Menyeluruh, Jabatan Kesihatan Filipina Mahu Pengharaman Vape Segera

6vape 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Kesihatan (DOH) Filipina menggesa kerajaan melaksanakan larangan menyeluruh terhadap produk vape di seluruh negara susulan kebimbangan semakin meningkat mengenai risiko kesihatan yang dibawanya. Langkah itu dicadangkan selepas agensi tersebut menzahirkan rasa bimbang terhadap iklan-iklan vape yang didakwa mengelirukan kerana mempromosikannya sebagai alternatif lebih selamat berbanding rokok tradisional.

Menurut DOH, penggunaan vape sebenarnya membawa bahaya serius kepada kesihatan memandangkan wap dan peranti tersebut mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, kanser serta kerosakan paru-paru. Agensi itu menegaskan bahawa dakwaan kononnya vape bebas nikotin dan lebih selamat adalah tidak tepat, kerana kajian mendapati bahan kimia merbahaya tetap hadir dalam asap serta perantinya.


Screenshot 2025 11 23 at 11.58.09 AM

DOH turut menyuarakan kebimbangan mengenai pemasaran produk vape yang menggunakan pelbagai perisa manis serta pembungkusan berwarna-warni, yang dipercayai mudah menarik minat golongan bawah umur. Berdasarkan Tinjauan Tembakau Belia Global 2019, tujuh daripada 10 remaja Filipina berusia 13 hingga 15 tahun dilaporkan menggunakan vape, satu statistik yang dianggap membimbangkan.

Dalam masa sama, DOH mengingatkan bahawa Filipina sudah pun merekodkan kematian pertama berkaitan penggunaan vape tahun lalu, selepas mangsa menggunakannya selama dua tahun. Kejadian itu telah mengukuhkan keperluan untuk tindakan segera dalam menangani penyalahgunaan produk tersebut.

Screenshot 2025 11 23 at 11.58.41 AM

Bagi memperkukuh usaha kawalan, kerajaan Filipina kini memperluas kerjasama di peringkat antarabangsa melalui Rangka Kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenai Kawalan Tembakau. DOH, melalui Biro Promosi Kesihatan, juga terus mempergiat kempen kesedaran di sekolah, tempat kerja dan komuniti bagi memberi pendidikan tentang bahaya penggunaan vape dan rokok.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.