Seorang bekas jururawat tergamak menikam bapa kandungnya selepas diingatkan untuk solat. Menurut Kompas, kejadian itu berlaku pada 3 Jun lepas di kediaman keluarga itu dekat Mataram.
Sebelum kejadian berlaku, Hilda Nurafriani, 30, telah bertengkar dengan ibunya, Fathiyah lebih kurang ja 5.30 petang. Difahamkan, Fathiyah menasihati agar Hilda mencari pekerjaan yang sesuai dengan tahap pendidikan yang dimiliki. Hilda mempunyai Master dalam bidang Keperawatan yang diperolehinya pada tahun lepas dari Universiti Muhammadiyah, Jakarta.
Tetapi, dia tidak bersetuju sebab nak buat bisnes menjual pop ice. Bapanya, Nurahmad, 64, pada ketika itu sedang mengambil wuduk untuk solat asar dan terdengar bunyi barang seperti dibaling di ruang tamu.
Dia kemudian bergegas ke ruang tamu tetapi Hilda pada waktu tu dah masuk ke dalam biliknya. Fathiyah kemudian cuba halang Nurahmad untuk bercakap dengan Hilda dan memberitahu dia tidak dikasari anak gadis mereka tu.
Nurahmad bagaimanapun tetap mengorak langkah pergi ke bilik Hilda dan mengetuk pintu dia untuk mengingatkan anaknya supaya tunaikan solat Asar.
Ketika itu, Hilda keluar dari bilik, tahan pintu sambil menghunus pisau dapur yang memang ada di dalam biliknya. Sebaik saja ternampak kejadian tu, ibu Hilda terus keluar rumah untuk minta bantuan.”
Ketika ibunya keluar untuk minta pertolongan, Hilda terus menikam bapanya bertubi-tubi di bahagian dada, kepala dan mata. Malah, waktu Nurahmad cuba selamatkan diri dan berlari untuk keluar ikut pintu depan, Hilda tetap tikam bapa dia tanpa belas kasihan.
Bila nampak ramai jiran di luar rumah, Hilda masuk ke dalam rumah bersama dengan pisau yang digunakan. Selepas pihak polis datang, mereka terpaksa kepong rumah tu untuk tangkap Hilda. Nurahmad kemudian digegaskan ke hospital tetapi tak dapat diselamatkan kerana kehilangan banyak darah dan disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam.
Tindakan Hilda menyebabkan ayahnya meninggal kerana belasan tusukan di bahagian dada, mata hingga kepala.”
Kes masih dalam perbicaraan dan Hilda kini dibawah tahanan pihak polis. Dia berdepan hukuman penjara 15 tahun dan denda 45 juta Rupiah (lebih kurang RM13,000) jika didapati bersalah.