in

Dera Anak Umur 7 Tahun Guna Kulit Durian, Pasangan Suami Isteri Dihukum Penjara & Denda

dera kulit durian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makan buah-buahan tempatan seperti durian mungkin merupakan antara pengalaman indah seorang kanak-kanak bersama keluarganya. Namun ada juga kanak-kanak seperti mangsa ini yang mempunyai pengalaman buruk dengan durian.

Baru-baru ini, seorang lelaki telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun manakala isterinya didenda RM18,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam selepas mengaku mendera anak perempuan mereka yang berusia 7 tahun 11 bulan menggunakan kulit durian, minggu lepas.


Durian Husks 780x470 1

Artikel berkaitan: Budak 8 Tahun Ditemui Tak Bermaya Dalam Tandas, Dakwa Kerap Didera Bapa Kandung & Kekasih Lebih 6 Bulan

Artikel berkaitan: “Dah tak tahan…” – Budak Lelaki 6 Tahun Lari Lepas Didera Bapa & Ibu Tiri

Jatuhkan kulit durian atas tangan anak hingga cedera 

Mengikut pertuduhan, ibu kandung mangsa, Yorlini Abdullah Umar, 32, dan bapa tiri, Bunyamin Sukiman, 42, didakwa mendera mangsa sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian badan di kediaman mereka dekat Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada jam 6 petang, 16 Julai lepas.

Menurut fakta kes, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah mangsa memanggil kanak-kanak itu berhubung aduan yang kononnya dia memotong tudung pelajar lain.

Hasil siasatan pihak sekolah mendapati mangsa tidak terlibat dengan insiden itu, namun sebaliknya mendedahkan dia telah dipukul dan telinganya dipulas oleh ibu serta bapa tirinya selain ditumbuk oleh lelaki itu.

522701792 1236202845214485 4778792579998428273 n

Mangsa juga memberitahu yang tangannya diletakkan di atas lantai sebelum kulit durian dijatuhkan ke atas tangannya, dan tangan yang luka itu pula direndamkan ke dalam air garam suam selain diikat menggunakan pita pelekat serta dibiarkan hingga keesokan harinya.

Hakim Mohd Zaki Mohd Salleh kemudian memerintahkan Bunyamin menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 18 Julai 2025, manakala Yorlini akan dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua tertuduh dikenakan bon berlakukan baik selama tiga tahun tanpa cagaran serta menjalankan khidmat masyarakat selama 12 bulan.

524603013 1236202868547816 7802509759997726991 n

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ravindejit Kaur memohon hukuman berat dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh kerana mangsa adalah kanak-kanak yang sepatutnya dilindungi dan bukan tempat melepaskan geram.

Perbuatan mengambil kulit durian serta menghempapnya ke tangan mangsa kemudian merendam tangan yang luka ke dalam air garam suam adalah tindakan yang ekstrem dan amat zalim… Ibu bapa sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak,” katanya.

Namun peguam tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan Yorlini tidak bekerja dan hanya bergantung kepada Bunyamin yang menjadi penasihat jualan kenderaan serta penyumbang nafkah tunggal keluarga.

Kedua-dua tertuduh mempunyai dua anak termasuk mangsa serta telah ditahan reman selama tujuh hari dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis… sepanjang tahanan reman, kedua-dua tertuduh insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.