in

“Depa cakap cacat” – [VIDEO] Balik Sekolah Menangis, Ibu Dedah Anak Diejek Rakan Kerana Adik OKU

Ft Kakak Nangis Adik Rms

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, apabila seorang wanita berkongsi rakaman anak perempuannya yang kelihatan baru sahaja pulang dari sekolah dalam keadaan menangis.

Menerusi video tersebut gadis itu dilihat sedang mengadu kepada ibunya sambil mengesat air mata yang membasahi mukanya itu.


“Depa cakap cacat, OKU, pastu kaki terbelit-belit. Kenapa cakap macam tu?” luah kanak-kanak tersebut.

Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu telah diejek oleh rakan-rakannya di sekolah yang menyindir sifat adik lelakinya, Haris yang terlantar sakit akibat menghidapi penyakit Rabson-Mendenhall Syndrome (RMS).

Pemilik akaun TikTok berkenaan yang juga merupakan ibu kepada kanak-kanak tersebut, Yusrina Yusoff turut memberitahu menerusi kapsyen video itu bahawa rakan-rakan sekolah anaknya menyifatkan anak perempuannya itu sebagai orang susah disebabkan kekurangan yang dimilikinya.

Susulan kejadian itu, Yusrina telah bertindak untuk berjumpa dengan pihak sekolah bagi menyelesaikan masalah itu.

Screenshot 2023 06 21 At 4.40.20 Pm

Menurut Yusrina, pihak sekolah telah mengambil maklum perkara tersebut serta memohon maaf terhadap mana-mana pihak yang terasa hati selain turut menyalahkan anaknya juga kerana terlampau mengikut perasaan sedihnya itu.

Menerusi sebuah hantaran berasingan, Yusrina berkongsi keadaan anak lelakinya yang mempunyai penyakit ‘unik’ dan sangat kritikal kerana mempunyai komplikasi keseluruhan organ dalaman.

Screenshot 2023 06 21 At 4.46.39 Pm

Dalam pada itu, Yusrina juga berharap agar budaya ejekan dapat dihentikan dalam kalangan masyarakat setempat serta memupuk adab dan perasaan simpati kepada orang ramai tak kira usia muda mahupun tua.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang rasa gurau kasar tu okay, tapi kena fahami situasi pihak lain juga…

Sumber : TikTok, Kosmo!

Baca : “Saya pun manusia juga” – Qasrina Karim Terkilan Diri Jadi Bahan ‘Body Shaming’

Ft Qasrina Karim Jadi Mangsa Body Shamming 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.