in

“Dengar boleh, percaya jangan” – Netizen Dakwa Aliff Aziz Ada NPD, Apa Tu?

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas lama mendiamkan diri, Aliff Aziz telah muncul untuk bercakap tentang kontroversi yang sedang melanda dirinya di podcast, The Common Folk.

Menerusi temubual yang dimuatnaik malam tadi, Aliff menerangkan yang dia tidak memberikan komen apa-apa sebelum ini kerana menurutnya orang yang bersalah perlu menjadi orang terakhir yang bercakap.


Selain itu, dia juga turut mengatakan sesalannya atas perbuatannya mendedahkan kecurangan isterinya, Bella Astillah di media sosial serta dilihat turut mengalirkan air mata.

“Dengar boleh, percaya jangan”

Menurutnya, selepas dia mengetahui tentang kecurangan yang dilakukan oleh Bella, dia telah berubah dan cuba menjadi suami terbaik dengan menjaga Bella seperti “princess”.

Namun begitu, menurut seorang netizen di X, tindakan Aliff ini merupakan sikap seseorang yang mempunyai gangguan personaliti narsis (NPD) di mana, mereka akan memberikan kasih sayang yang banyak kerana tak mahu ditinggalkan.

Jangan percaya apa-apa penjelasan dari narsis sebab dia hanya sebarkan khabar angin untuk dapatkan perhatian dan pastikan semua orang percaya dengan kempen fitnahnya. Taktik dia hanya untuk manipulasi semua orang dan berlakon jadi mangsa. Semua yang dia cakap hanya nak selamatkan imej dan reputasinya.”

Selain itu, netizen tersebut turut mengatakan yang Aliff sendiri tak sedar yang dia mempunyai NPD dan kebanyakan dari orang seperti ini akan menafikan dan tak mahu jumpa doktor untuk terima rawatan.

Apa NPD tu dan apa simptom dan tanda-tanda orang yang ada NPD?

Apa itu narsis dan NPD?

What Is Narcissistic Personality Disorder 1

Narsis merupakan seseorang yang terlalu taksub dengan diri sendiri sehingga mereka tak peduli dengan orang-orang di sekeliling mereka. Walaupun ada ramai orang yang tunjuk sikap narsis kadang-kadang, orang yang betul-betul narsis tak peduli tentang perasaan orang lain dan tak faham tindakan mereka boleh menyakiti orang lain.

Penting untuk korang tahu tanda-tanda orang narsis ini kerana ia juga boleh menjadi sebahagian dari gangguan personaliti. Tak semua narsis ada NPD kerana narsis ini mempunyai spektrum. Orang yang berada di spektrumnya yang tertinggi diklasifikasikan sebagai NPD.

Punca seseorang boleh menjadi narsis tak diketahui tapi boleh dikaitkan dengan:

  • Persekitaran. Ibu bapa mungkin memberikan terlalu banyak pujian atau kritikan yang tidak setimpal dengan pengalaman dan pencapaian sebenar.
  • Genetik. Narsis juga boleh dikaitkan dengan keturunan termasuk beberapa personaliti.
  • Neurobiologi. Terdapat satu sambungan di antara otak, sikap dan pemikiran.

Orang-orang yang menunjukkan tanda-tanda narsis biasanya sangat menawan dan karismatik. Mereka biasanya tak menunjukkan sikap negatif pada awalnya, lebih-lebih lagi dalam perhubungan. Orang narsis biasanya akan dekatkan diri mereka dengan orang-orang yang boleh menangkan ego mereka dan mencipta hubungan dengan memikirkan tentang diri sendiri.

Jenis-jenis narsis

Terdapat dua jenis narsis yang boleh menimbulkan sikap narsis. Orang dari dua jenis ini boleh mempunyai sikap yang sama walaupun dibesarkan dalam suasana yang berbeza. Mereka juga akan menentukan cara seseorang dalam perhubungan.

Grandiose Narcissism

Orang dengan sikap ini biasanya akan merasakan diri mereka superior atau lebih dari orang lain sejak dari kecil. Perkara ini juga akan kekal bersama dengan mereka bila dah dewasa di mana mereka suka bermegah-megah dan rasa diri mereka lebih.

Narsis jenis ini adalah lebih agresif, dominan dan melebih-lebihkan kepentingan mereka. Mereka biasanya sangat yakin dengan diri sendiri dan tidak sensitif.

Vulnarable Narcissism

Sikap ini biasanya berpunca dari orang yang diabaikan atau didera semasa kecil. Orang seperti ini lebih sensitif dan sifat narsis mereka membantu untuk melindungi mereka dari mempunyai perasaan tak mencukupi. Walaupun mereka boleh bertukar menjadi inferior dan superior, mereka biasanya akan rasa tersinggung atau bimbang sekiranya orang lain tak melayan mereka seperti mereka ni istimewa.

Tanda-tanda narsis

Add A Little Bit Of Body Text 1 E1705606387788

Narsis masih lagi diselidik dan dikaji, memandangkan ramai orang narsis ni tak mendapatkan rawatan. Tapi, ada beberapa sikap orang narsis yang boleh diperhatikan. Antaranya adalah:

Rasa berhak

Tanda biasa orang narsis adalah mereka percaya yang mereka ni superior berbanding orang lain dan perlukan layanan istimewa. Mereka percaya yang orang lain perlu menurut segala permintaan mereka dan peraturan tidak terpakai kepada mereka.

Sikap manipulatif

Satu lagi tanda-tanda narsis adalah manipulasi atau sikap suka mengawal. Seorang narsis, pada awalnya akan sentiasa meletakkan kehendak orang lain dahulu bagi menarik perhatian. Tapi lama kelamaan, mereka akan meletakkan kehendak mereka sendiri sebagai keutamaan.

Apabila cuba untuk mengaitkan diri dengan orang lain, narsis akan cuba untuk mengekalkan jarak tertentu untuk mengekalkan kawalan mereka. Mereka juga mungkin akan cuba untuk mengeksploitasi orang untuk dapatkan sesuatu.

Mahukan pujian dan dikagumi

Seorang narsis sentiasa mahukan pujian. Orang dengan sikap ini merasakan yang mereka perlukan pengesahan orang lain untuk bermegah-megah dan mereka juga suka dihargai.

Kurang empati

Kurang empati merupakan tanda-tanda narsis. Ini bermakna, seorang narsis tak mahu atau tak boleh merasa empati dengan keperluan, kehendak dan perasaan orang lain. Disebabkan ini, mereka sukar untuk bertanggungjawab atas tindakan mereka sendiri.

Sombong

Orang narsis biasanya melihat diri mereka sebagai seorang yang superior, jadi mereka biasanya bersifat kurang ajar dan kasar bila mereka merasakan mereka tak dapat layanan yang sepatutnya.

Tanda-tanda lain termasuklah:

  • Rasa pentingkan diri, melebih-lebihkan pencapaian dan bakat mereka
  • Percaya bahawa mereka lebih istimewa atau unik daripada orang lain dan hanya perlu dikaitkan dengan orang lain yang berstatus tinggi
  • Cemburu dengan orang atau percaya yang orang lain cemburu dengan mereka
  • Bertegas bahawa mereka mempunyai segala-galanya
  • Merasakan yang mereka layak untuk dapat keistimewaan dan layanan terbaik

Sumber: X, webMD

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.