in

“Dengar ‘bisikan’ arwah mak” – Diva AA Sah Tarik Diri PRU15, Tak Jadi Lawan Abang Di Gombak

Diva Aa Pru15 E1667702404280

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak mengenali sosok Azwan Ali atau lebih dikenali dengan jolokan Diva AA.

Dikenali ramai kerana tak kering sensasi dan kontroversi, pengacara berusia 56 tahun ini sekali lagi menjadi buah mulut ramai selepas bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 di Gombak menentang abang kandungnya sendiri, Datuk Seri Azmin Ali.


Pun begitu, pagi ini, Diva AA mengesahkan bahawa beliau menarik diri dari bertanding pada PRU-15.

Bertanding atas tiket calon Bebas Parlimen Gombak, Azwan telah tiba ke Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu awal pagi tadi sebelum membuat pengumuman penarikan diri.

Beliau juga sempat menyuarakan sokongannya kepada wakil Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari.

Disoal mengenai keputusannya menarik diri pada saat akhir, Azwan berkata ia dibuat subuh tadi selepas mendengar bisikan daripada Allahyarham ibunya, Mak Tom.

 

“Saya membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding selepas mendengar bisikan daripada Allahyarham mak, Mak Tom. Keputusan ini dibuat selepas subuh tadi.

“Tak kisahlah orang nak cakap merepek atau tahyul, itu mak aku. Bukan mak kau. Apa pun saya menyokong calon PH, Datuk Seri Amiruddin Shari,” katanya.

Dalam pada itu, tepat jam 9 pagi tadi, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amurudin Shari, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din dan Datuk Seri Azmin Ali telah menghantar borang pencalonan mereka untuk bertanding di Parlimen Gombak.

Sumber: Utusan Malaysia

Baca: Azwan Ali ‘Comeback’ Dalam PRU-15, Bakal Bertanding Di Parlimen Gombak?

Kyujghf E1667615622330

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.