in

Dengan ‘Template’ Baru, Pelatih PLKN 3.0 Bakal Jalani Latihan Di Kem Tentera

Plkn 3.0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ialah sebuah kursus latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan persekutuan Malaysia. Ia mula digagaskan pada 2002 dengan pembentukan Jabatan Latihan Khidmat Negara, dan memulakan program pada 2004. Kemudiannya dimansuhkan pada tahun 2018.


Terbaru, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan PLKN 3.0 dengan pendekatan yang berbeza di mana anak muda atau pelatih akan menjalani latihan di kem tentera.

Artikel berkaitan: Lagi Kes Buli, Pelajar Tingkatan 1 Dipukul, Disyaki Oleh Pelajar Tingkatan 2

Artikel berkaitan: Siap Ugut ‘Kebal’ Undang-Undang, Kakak Dakwa Adik Jadi Mangsa Buli Dalam Kursus Tentera Udara

Hm8Plknn 1688828839 1696396058

Menurut laporan Berita Harian, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sebanyak 13 kem tentera Wataniah akan diguna pakai untuk latihan yang bakal diadakan selama 45 hari dengan kapasiti seramai 20,000 pelatih.

“Kerajaan sudah memikirkan semula untuk meneruskan PLKN. Jemaah Menteri pada 2021 sudah pun meluluskan supaya ia dikaji semula dengan cara baharu untuk kita meneruskan PLKN.

Satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk mengkaji bagaimana cara kita hidupkan semula PLKN, tetapi dengan ‘template’ (acuan) baharu yang mana PLKN dulu dilakukan di banyak kem.

Kita mahu supaya kali ini kita tidak berbelanja banyak, tetapi ia lebih memberikan pulangan baik kepada modal insan,” katanya.

Selain itu, beliau turut berkata penambahan jurulatih dari kalangan veteran tentera juga dialu-alukan bagi menjayakan PLKN 3.0.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.