Meskipun usia sudah mencecah 64 tahun, penyanyi veteran Datuk Zainal Abidin mengaku telah melakukan rawatan botox supaya kulitnya kelihatan lebih tegang dan sihat.
Menurut Zainal, sebagai seorang penghibur perlu menitikberatkan mengenai penampilan diri. Malah, beliau berpendapat bahawa selagi beraksi di atas pentas maka penampilan perlu dijaga rapi.
Artikel berkaitan: Jadi Trend Di TikTok, Ramai Yang Nak Cuba Lekatkan Sellotape Pada Dahi Untuk Kurangkan Kedutan
Artikel berkaitan: Mahu Kelihatan Seperti Patung ‘Ken’, Lelaki Sanggup Berbelanja Lebih RM300 Ribu
View this post on Instagram
“Sebagai seorang penghibur, beginilah kehidupan saya, di mana, saya berdepan dengan orang ramai dan selalunya, close up. Ditambah pula dengan kualiti kamera sekarang yang berkualiti tinggi, jadi, memang nampak segala kedutan.
“Jadi, bagi memastikan penampilan saya sihat, ia harus diperbaiki dan dirawat dengan sebaiknya. Tapi, sebenarnya, saya tak malu untuk katakan saya buat botox. Tapi, bukan filler.
“Ini adalah demi mendapatkan kulit yang sekata segar dan sihat. Selagi saya sihat, selagi itu saya masih boleh beraksi di atas pentas,” tegasnya.
Menurut pelatun lagu Hijau itu, beliau juga bakal mempertimbangkan untuk melakukan rawatan ‘tarik benang’ bagi menegangkan bahagian leher sekiranya perlu.
“Kesihatan tak boleh dibeli, tapi kita kena berusaha mendapatkannya.
“Bahagian leher saya pula, dah mula nampak macam ayam belanda. Jadi, ia tak elok sekiranya ada gambar atau visual close up.
“Jadi, bagi menghindari masalah itu, saya kena rawat. Tapi, saya belum buat prosedur tarik benang. Mungkin di masa akan datang, saya akan buat sekiranya perlu,” katanya.
Ujarnya, rawatan yang dilakukan adalah untuk bertahan lebih lama dalam kariernya. Justeru, beliau mahu penampilan yang sentiasa sihat dan nampak muda.
Sumber: Harian Metro