Starlink ialah perkhidmatan internet yang menggunakan satelit dan dikendalikan oleh syarikat aeroangkasa Amerika, SpaceX, ia menyediakan liputan akses Internet satelit ke lebih 60 negara.
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan perkhidmatan itu akan diguna pakai di sekolah-sekolah serta pelbagai institusi pengajian tinggi lain.
Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang guru memulakan inisiatifnya sendiri dengan membeli peranti ciptaan syarikat Elon Musk itu untuk digunakan di pedalaman Sarawak.
@amoimorni starlink. Happy betul cikgu izzat ni bila starlink dah sampai. Hahahahaha jom tgk hasil dia nanti 😍 #starlink #starlinksatellites #starlinkinternet #fyp #rurallife #sarawak #pedalamansarawak
Perkongsian video oleh @amoimorni itu memaparkan keterujaan mereka mendapat kit permulaan peranti tersebut.
Usaha murninya itu difahamkan adalah untuk memudahkan kerja-kerjanya sebagai seorang pendidik di kawasan pedalaman memandangkan capaian internet agak sukar di situ.
Perkara itu mendapat reaksi yang positif daripada netizen malah ramai juga yang ingin mengetahui lanjut tentang penggunaan Starlink.
Dalam videonya yang lain, dia memberitahu pembelian itu adalah atas hasil usahanya sendiri dan bukan bantuan kerajaan seperti yang diumumkan sebelum ini.
“Kami beli sendiri ya, walaupun beli sendiri, tetap kredit kepada pihak yang bawa masuk Starlink ke Malaysia. Dapat memudahkan kami untuk dapat capaian internet lebih baik,” tulisnya di kapsyen.
Wah, hebat lah! Rasa curious pulak nak tahu betapa laju Starlink ni!
Baca: Perkhidmatan Internet Satelit Starlink ‘Elon Musk’ Bakal Masuk Malaysia 2023! Tapi...