in

“Dekat KL ada 2 jenis pokok” – DBKL Beri Penjelasan Kenapa Tak Semua Pokok Tanggungjawab Mereka

2 Jenis Pokok Dbkl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat dan ribut yang kerap berlaku kebelakangan ini terutama di kawasan bandar menimbulkan kebimbangan orang ramai.


Insiden bukan sahaja merosakkan infrastruktur awam tetapi telah meragut nyawa pengguna jalan raya.

Berturut-turut insiden pokok tumbang sehingga merosakkan kenderaan yang berada di lokasi kejadian.

Susulan itu, ramai yang meminta pihak berkuasa terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Artikel berkaitan: Pokok Besar Tumbang Hempap Kenderaan & Landasan Monorel, Seorang Dilapor Meninggal Dunia

Artikel berkaitan: Amal Selawat 1,000 Kali Sehari, Ramai Sebak Lihat Rakaman Dashcam Detik-detik Sebelum Kejadian Pokok Tumbang

2641420

Di KL ada 2 jenis pokok

Bertanggungjawab menjelaskan persoalan orang ramai, DBKL menyatakan terdapat dua jenis pokok yang berada di sekitar ibu kota iaitu pokok private (persendirian) dan pokok public (awam).

Jelas pegawai DBKL, pokok private adalah tanggungjawab persendirian yang perlu dijaga dan diuruskan dengan baik manakala pokok public di bawah pengurusan DBKL.

“Dekat Kuala Lumpur ni ada dua jenis pokok, pertama adalah private dan kedua adalah public. Pokok public adalah tanggungjawab DBKL.

“Tapi kalau pokok private, ia adalah tanggungjawab persendirian untuk jaga pokok tersebut. Korang lah kena jaga, kaji dan juga maintain. Macam korang lah tanam sendiri pokok kat rumah, korang sendirilah bertanggungjawab.

“Dan pokok public pula, DBKL akan jaga. Kita akan buat pemantauan secara berkala jika berlakunya hazard dan apa-apa aduan yang ada,” jelasnya.

@friendsofdbkl

setiap kali pokok tumbang salah DBKL ke? #friendsofdbkl #dbkl #datukbandar #fyp #madani #pmx

♬ Epic Music(863502) – Draganov89

Tiada had usia pokok

Selain itu, DBKL turut mendedahkan pokok-pokok di sekitar bandar raya ini tiada had usia tetapi perlu dipantau bagi memastikan pokok di bawah jagaan dalam keadaan baik dan selamat.

Dalam pada itu, pihaknya menyeru kepada orang ramai supaya membuat aduan jika terdapat pokok tidak selamat di sekitar Kuala Lumpur.

“Tapi kalau dah teruk sangat kami tebang. Kami DBKL ingin mengingatkan kepada semua warga kota jika melihat ada pokok-pokok dalam keadaan yang berbahaya boleh buat aduan di adu@KL,” katanya.

Insiden pokok tumbang adalah sesuatu yang serius. Harap pihak bertanggungjawab sentiasalah buat penyelenggaraan.

Sumber: TikTok

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.