Kemelut yang melanda pasukan Kelantan pada musim ini dilihat membimbangkan dengan beberapa kontroversi berkaitan gaji dan prestasi pasukan. Untuk rekod, Kelantan hanya memperoleh 1 kemenangan dan 1 seri selepas 13 perlawanan Liga Super.
Terbaharu, Dato’ Seri Vida (DSV) meluahkan rasa kasihan terhadap situasi semasa bola sepak Kelantan dan bercadang untuk mengambil alih semula pasukan itu jika diberikan peluang.
Jelas DSV, dia tidak akan mengambil alih pasukan itu jika pihaknya perlu menyelesaikan tunggakan perbelanjaan yang banyak. Namun, dia sudi untuk memajukan pasukan ini jika diberi kesempatan.
“Kalau kena caranya, saya akan ambil semula Kelantan. Seperti keadaan sekarang, kasihan saya tengok. Kalau tunggakan banyak, kami tak nak tapi kalau nak meneruskan atau nak cari pengganti yang boleh majukan memang boleh.
“Saya akan tengok keadaan apabila nak berjumpa dia (Norizam Tukiman). Risau jumpa sekarang, Zamsaham dapat publisiti yang dia nak. Tak boleh janji lagi,” katanya kepada sumber.
Sambung DSV, jika pihaknya berjaya mengambil alih pasukan Kelantan kelak, dia akan memberikan hal pengurusan pasukan kepada anaknya Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin, atau lebih dikenali sebagai Kacak.
“Saya kena berunding dengan mereka sebab bukan saya akan uruskan tapi Kacak. Saya akan beri kepada orang yang tahu pasal bola seperti Kacak. Jangan ada campur tangan pihak lain,” ujarnya.
Terdahulu, DSV merupakan penaja utama buat pasukan Kelantan dengan perjanjian tajaan dipercayai mencapai RM16 juta. Adakah zaman kegemilangan bola sepak Kelantan akan kembali?
Kredit: Majoriti
BACA: Makin Kurus, Netizen Tuduh Vida Potong Usus? Ini Jawapan DSV...