Tak serik ke berduet dengan Sajat?
Kalau sebelum ni lagu Abang Nak Tegur dendangan jutawan kosmetik Dato’ Aliff Syukri dan Sajat tak putus-putus kena kecam dan dapat unlike yang sangat banyak kat Youtube, kali ni dorang kembali lagi dengan lagu baru.
This time dorang berduet dengan penyanyi dangdut sensasi Indonesia, Lucinta Luna. Demi nak promosikan Single terbaru dorang yang berjudul Bobo Di Mana ni, Aliff ada muat naik satu video dia menari dengan Sajat dan Lucinta di laman Instagram miliknya.
Sumber: Instagram
Tarian tu katanya merupakan tarian untuk lagu baru tu. Dorang siap ajak orang ramai untuk menari bersama menerusi cabaran #bobodimanadancechallenge lagi tau! Pun begitu ramai merasakan single terbaru dorang ni macam keterlaluan dan berunsur lucah.
Mungkin kerana gaya tarian yang tak senonoh, ramai geli tengok video yang dimuat naik dan kecewa sebab Aliff macam tak sensitif dengan isu macam ni.
Tapi nampaknya bukan netizen je yang rasa macam tu, sebab Wardina Safiyyah pun ada bercakap pasal ni kat Facebook dia. Dalam entri tu pelakon yang pernah popular dengan drama Spanar Jaya ni menyelar tindakan Aliff memuat naik video sebegitu tu pada Hari Arafah.
Menurut Wardina, dia rela jadi orang tak tak kaya macam Aliff kalau dah kaya pun muat naik video memalukan macam ni.
“Terlalu bodoh, terlalu over dan amat meloyakan.”
“Mohon Dato’ padam video of that lady bouncing up and down showing her boobs. Disgusting.”
Haaa kan dah kena sound tu. Semoga Dato’ Aliff lebih berhati-hati lepas ni.