Isteri kepada usahawan, Dato’ Aliff Syukri, iaitu Datin Shahida menjelaskan bahawa perjuangannya setelah hampir 3 tahun membuahkan hasil apabila dia menang saman terhadap bekas pembantu peribadinya.
Perkara itu dimaklumkan menerusi Instagram miliknya, difahamkan ia berikutan dengan fitnah yang dilemparkan oleh bekas pembantu peribadinya beberapa tahun lalu.
Artikel Berkaitan : Throwback Gambar Pertama Kali Berjumpa, Datin Shahida Dedah Rahsia Dato’ Aliff!
Artikel Berkaitan : “Berubahlah untuk tak jadi manusia angkuh & riak”- Datin Shahida Tuntut Cerai Dari Aliff Syukri?
Disebabkan kemenangan itu, Datin Shahida memberikan pesanan kepada pihak tertentu agar gunakan platform media sosial dengan betul.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Aliff Syukri menerusi ruangan komen ada menjelaskan bahawa bekas pembantu itu sudah bekerja dengan mereka selama 6 tahun. Malah, bekas pembantu itu dikatakan telah menabur fitnah terhadap dirinya sekeluarga.
“Tulis sekali bekas pa tua tak sedar diri.. Dahlah hidup cari rezki 6tahun besama kita, fitnah orang menipu dah kita bantu keluarga di makan kita balik..naik dan popular pun sbb kita.. Pekerja macam ini adalah spesies anjing yang.. kita tolong dia gigit kita..now dia tau balasannya..hehehehe .. Sila bayar duit kami bungkus banyak-banyak tahu begedil tu ha ha ha ha ha.”
Sebagai rekod, pada 3 tahun lepas, Harian Metro melaporkan bahawa Aliff Syukri dan isteri pernah terpalit dengan kontroversi yang mengatakan mereka terlibat dalam aktiviti Macau scam, bahkan, mereka juga ada menjelaskan bahawa mereka akan ambil tindakan terhadap penyebar fitnah.
Sumber : Instagram, Harian Metro