in

Datin Patimah ‘Throwback’ Gambar Lama, Beri Bayangan Keluarga Akan ‘Bersatu’ Semula?

Syaz Ft 2024 09 11T155056.277

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut rumah tangga pengarah tersohor tanah air, Syamsul Yusof menarik perhatian ramai baru-baru ini.

Pengarah filem KL Gangster itu telah disahkan bercerai dengan isterinya,, Faghirah Fatini Binti Kazaruddin atau lebih dikenali sebagai Ira Kazar.


Artikel berkaitan: “Mengalir air mata ku melihat anak ku” –  Datin Patimah Luah Rasa Sedih, Titip Doa Buat Syamsul Yusof

Artikel berkaitan: Syamsul & Ira Kazar Sah Cerai Talak 1, Wujud Perlanggaran Taklik Sebanyak 5 Kali

Sepanjang kontroversi yang melanda, ibu kepada pengarah tersebut iaitu Datin Patimah Ismail sering memuat naik status atau gambar yang berkaitan dengan permasalahan rumah tangga anak sulungnya itu.

Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya, Datin Patimah membuat satu hantaran di IG Story yang memaparkan gambar-gambar keluarga itu ketika menyambut perayaan Aidilfitri pada tahun-tahun sebelum ini.

Malah, Datin Patimah juga memberi bayangan seakan keluarga mereka itu akan ‘bersatu’ dan berkumpul kembali.

Cats 7

Pun begitu, isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan hantaran di IG Story miliknya itu.

Sebagai info, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand semasa Syamsul masih lagi suami kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Mereka berdua bagaimanapun sah bercerai pada 5 September lalu.

Sumber: Instagram, Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.