Selain ibu bapa, guru juga merupakan insan yang patut kita hormati dan santuni kerana mereka memberi didikan dan membentuk seseorang individu sehingga menjadi insan berguna pada masa hadapan.
Bagaimanapun, zaman media sosial ini kerap kali kita lihat murid bersikap kurang ajar terhadap pendidik.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan tindakan biadab seorang murid lelaki di sebuah sekolah terhadap seorang guru wanita.
Artikel berkaitan: “Kau memang salah langkah” – Sajat ‘Sound’ Cikgu, Isu Anak Saudara Ditengking Sampai Menangis
Artikel berkaitan: Cikgu Kongsi Mesej Murid Perempuan Darjah 6 Mencarut Sebab Dapat Kerja Rumah
Menerusi video berdurasi 11 saat, murid itu dilihat bercakap dengan nada angkuh dan tidak menghormati guru di hadapannya.
Murid terbabit dengan lantang menyatakan dia hanya datang ke sekolah untuk berjumpa dengan teman wanita, bukan untuk menuntut ilmu.
“Saya datang sekolah nak jumpa saya punya girlfriend, bukan untuk belajar,” kata murid itu.
Guru yang merakam video itu seolah-olah sudah lama menahan sabar dengan tingkah laku murid terbabit. Pelajar-pelajar lain yang berada dalam kelas hanya diam melihat situasi tersebut.
“Terima kasih buat pengakuan, saya nak hantar (video),” ujar guru tersebut.
Walaupun tidak dapat dipastikan kesalahan yang dilakukan murid berkenaan, namun tindakannya jelas menunjukkan kurang rasa hormat kepada seorang pendidik.
Perkongsian video terbabit turut meraih perhatian netizen, rata-ratanya menyifatkan kelakuan murid berkenaan sudah melampaui batas.
Ada juga mendakwa murid terbabit mungkin mempunyai masalah keluarga sehingga menyebabkan dia bersikap sedemikian.
Harap murid ni sedar akan kesilapannya.
Sumber: X