Zaman sekarang ni kan zaman teknologi di hujung jari. Apa saja yang korang tak tahu, boleh je search di Internet. Malah ada juga mereka yang rajin siap buat video tutorial atau hacks lagi bagi memudahkan urusan seharian hidup korang.
Baru-baru ni, viral di Twitter sebuah video ‘cooking hacks’ yang menunjukkan bubur sebenarnya boleh berubah menjadi nasi. Ops jadinya peribahasa nasi menjadi bubur tu dah tak boleh pakai lah eh?
https://twitter.com/zrdzmr/status/1165323928945885185?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1165323928945885185&ref_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2Fmy%2Fseismik%2Fviral-video-nasi-tak-jadi-nak-bubur-lepas-bubuh-roti-pemuda-ini-uji-sendiri-kebenarannya
“Nasi telah menjadi bubur, oleh sebab itu tambah roti biar jadi nasi lagi.”
Video ini telah mendapat respon netizen yang terkejut dan ada yang macam tak percaya pula rupanya kita boleh undo bubur menjadi nasi. Memang ajaib sungguh! Belum pernah lagi siapa-siapa cuba cooking hacks ni kan.

“Jom kita test teori yang roti boleh keringkan nasi lembik”
Menyahut cabaran video tersebut serta menjawab persoalan netizen sama ada betul atau tidak roti boleh menjadikan bubur bertukar menjadi nasi, netizen bernama Akwa Ariffin ini akhirnya ingin membuat experiment.
Menerusi video yang dimuat naik di Twitter, Akwa mencuba sendiri step by step apa yang dilakukan oleh video tersebut dan hasilnya… haih korang tengoklah sendiri!
https://twitter.com/AkwaArifin/status/1165990063529873408?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1165990063529873408&ref_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2Fmy%2Fseismik%2Fviral-video-nasi-tak-jadi-nak-bubur-lepas-bubuh-roti-pemuda-ini-uji-sendiri-kebenarannya
Alamak gais tak menjadilah!
“Tak jadi maybe sebab bro tak on suis tu kot. Tak silap aku dalam video tu dia on suis tu masa letak roti”
Disebabkan experiment tu gagal, ramai netizen cuba keluarkan teori dorang sendiri pulak dengan mengatakan yang Akwa membuat hacks tu dengan cara yang salah.
Menurut netizen, sepatutnya Akwa jangan tutup suis periuk nasi tersebut dan biarkan roti di dalam periuk tu dengan suis terbuka. Lah pulak!

Tapi Akwa jawab macam ni…
Saja nak bgtau. Dalam video tu takde suruh turn on suis. Jgn memandai buat teori sendiri. Ye roti tu basah terperap dlm panas bukan serap air. Last skali ye saya la qash ??? wkwkwkw
— Akwa Arifin (@AkwaArifin) August 27, 2019
“Blossom terkenal dengan tips dan trick membohong”
Apa-apapun kemusykilan korang terhadap video ni dah terjawab! Rupa-rupanya video daripada Blossom ni memang terkenal dengan penipuan. Jadi janganlah korang cepat terpedaya dengan tips atau hacks yang entah apa-apa tu. Buang masa je.

Siapa kata pepatah Melayu tak valid dan salah? Haa jangan main-main. Orang Melayu dulu pandai-pandai tau orangnya.
Baca: Neil Armstong Ke Bulan Tak Betul? Ini Bukti Bahawa Teori Konspirasi Yang Digembar Gembur Itu Salah!