Kalau korang tengah cari destinasi percutian yang lain dari yang lain, pengalaman baru, pemandangan memukau dan budaya yang unik, Darwin dan Kakadu National Park yang terletak di utara Australia memang kena masuk dalam bucket list!
Mana taknya, bila kita cakap pasal Australia, dalam kepala mesti terus terbayang Sydney, Melbourne atau Gold Coast kan? Tapi sebenarnya, dekat Darwin & Kakadu National Park ni, banyak aktiviti menarik yang korang boleh buat antaranya tengok buaya liar ‘melompat’, mandi air terjun yang tersembunyi di dalam hutan dan belajar budaya orang asli di sana.
Kita dah sediakan itinerari lengkap 6 hari 5 malam yang confirm akan buat korang terus nak apply cuti. Jom tengok!
Hari 1-3: Teroka Darwin – Nature dalam bandar & port makan Muslim-friendly
Hari 1: Terbang ke Darwin & tengok sunset
Setibanya di Darwin, korang boleh check-in hotel sekitar bandar seperti Capitanos atau H Hotel Darwin, dua lokasi yang strategik dan selesa untuk Muslim travellers.
Petang pula korang boleh jalan-jalan ke Darwin Waterfront Lagoon, tempat mandi santai yang popular di kalangan penduduk tempatan. Suasana tenang dengan pemandangan air biru memang sesuai untuk bersantai selepas penerbangan.
Untuk makan malam, korang boleh ke Sari Rasa Indonesian Restaurant, restoran halal popular yang menyajikan nasi padang, ayam goreng berempah dan sambal yang sangat kena dengan tekak orang Malaysia.
Kemudian korang boleh singgah ke Mindil Beach Sunset Market. Walaupun tak semua makanan dekat sana halal, vibe pasar di sana memang meriah dengan persembahan seni, seni lukis dan pemandangan matahari terbenam yang cantik dan sesuai untuk bergambar.
Hari 2: Seni, sejarah dan tengok hidupan liar yang rare
Hari kedua, korang boleh mulakan dengan melawat Museum & Art Gallery of NT, lokasi yang penuh dengan info menarik termasuk pameran tentang Cyclone Tracy, buaya lagenda Sweetheart dan koleksi seni kontemporari.
Untuk makan tengahari, korang boleh makan di Ayuriz Cafe Restaurant, hidangan makanan vegetarian Indian sangat sesuai untuk pilihan Muslim-friendly.
Petang pula boleh singgah ke Crocosaurus Cove dan kalau berani boleh masuk dalam sangkar kaca serta tengok buaya gergasi dan belajar spesis reptilia ini secara lebih dekat tanpa sebarang risiko.
Sebelum pulang ke hotel, korang juga boleh explore George Brown Botanic Gardens yang mempunyai banyak spot cantik untuk bergambar dan menikmati suasana hutan bandar.
Hari 3: Sarapan, shopping dan bergerak ke Kakadu
Selepas bersarapan, korang boleh jalan-jalan di Casuarina Square iaitu pusat beli-belah terbesar di Northern Territory. Kalau korang nak tahu, pusat beli-belah ini dibina mengikut kod bangunan khas untuk Taufan Tropika kerana kawasan ini sering dilanda taufan seperti Taufan Tracy pada tahun 1974.
Di Casuarina Square juga korang boleh singgah di Woolworths yang menyediakan banyak pilihan roti dan spreads halal sambil tengok barang-barang yang korang boleh beli untuk dijadikan buah tangan.
Selepas selesai membeli-belah, korang boleh memulakan perjalanan ke Kakadu National Park yang mengambil masa kira-kira tiga jam. Jalan raya kat sini agak selesa dan pemandangan sepanjang perjalanan pun memang cantik.
Dalam perjalanan, pastikan korang singgah di Adelaide River untuk sertai Jumping Crocodile Cruise. Ia merupakan aktiviti paling ikonik di Top End Australia. Korang akan naik bot khas untuk tengok sendiri buaya air masin besar melompat keluar dari sungai! Memang pengalaman yang lain dari yang lain!
Selepas cruise, teruskan perjalanan ke arah Jabiru, bandar kecil dalam kawasan Kakadu. Korang disarankan untuk isi minyak dan semak semula stok makanan halal atau vegetarian kerana pilihan di Kakadu agak terhad dan jauh antara satu sama lain.
Setibanya di Kakadu, korang boleh check-in di Mercure Kakadu Crocodile Hotel, sebuah hotel ikonik berbentuk buaya yang menjadi landmark Jabiru.
Hari 4-6: Jelajah Kakadu – Air terjun, safari budaya & tengok buaya ‘melompat’
Hari 4: Lukisan purba & belajar tentang budaya
Selepas bersarapan di dalam bilik, korang boleh bergerak ke Burrungkuy (Nourlangie) Rock Art Site. Kawasan ni terkenal dengan lukisan batu purba termasuk imej ikonik Lightning Man, yang mewakili semangat petir dalam mitos masyarakat Aboriginal.
Lepas tu korang boleh ke Warradjan Cultural Centre. Di sini korang akan dapat info yang lebih mendalam tentang sejarah, budaya dan kepercayaan masyarakat Aboriginal dalam bentuk pameran interaktif yang mudah difahami.
Sebelah petang pula, sertai Animal Tracks Safari, satu pengalaman yang betul-betul hands-on. Korang akan ikut guide Aboriginal masuk ke dalam hutan untuk mengenal pasti tumbuhan yang digunakan sebagai makanan dan ubat, serta belajar cara memasaknya menggunakan teknik tradisional atas unggun api. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah sangat membuka mata tentang cara hidup dan survival skills orang asli Australia.
Untuk makan malam pula, korang boleh masak sendiri di dapur lodge selepas beli bahan asas dari pasar mini berhampiran.
Hari 5: Air terjun jernih
Pada hari ke-5 pula korang bolehlah ke Maguk Falls, kawasan air terjun yang hanya boleh diakses menggunakan kenderaan 4WD. Trek dia agak mencabar tapi bila sampai, air terjun dan kolam semula jadi dekat sana memang luar biasa. Tempat ni sangat sesuai untuk mandi dan berendam. Healing habis.
Sebelum korang ke Maguk Falls, jangan lupa untuk bungkus sandwich atau roti pita dari Mimi’s Cafe atau bawa bekalan makanan sendiri untuk piknik di sana.
Petang lepas aktiviti air terjun, korang boleh pulang semula ke hotel dan rehat. Kalau rasa lapar, boleh panaskan makanan ready-to-eat halal atau vegetarian yang dibeli dari Darwin sebelum ini. Cuma perlu microwave, air panas dan korang dah boleh nikmati dinner dalam bilik dengan selesa.
Hari 6: Cruise pagi, tengok burung dan pulang ke Darwin
Bagi yang nak mula hari dengan suasana damai, boleh join Sunrise Yellow Water Cruise. Kabus pagi, udara sejuk dan bunyi alam menjadikan cruise ni sangat menenangkan.
Sebelum bertolak balik ke Darwin, singgah kejap dekat Mamukala Wetlands untuk birdwatching. Ada pelantar tinjau dan laluan kayu yang sesuai untuk tangkap gambar sebelum balik bandar.
Dalam perjalanan pulang, korang boleh singgah makan tengah hari dekat Moorish Cafe, sebuah restoran Mediterranean–North African yang terletak di tengah bandar Darwin. Tempat ni popular dalam kalangan pelancong Muslim kerana mereka menawarkan pilihan Muslim-friendly seperti hidangan kambing, ayam dan makanan laut yang disediakan tanpa alkohol atas permintaan.
Lepas lunch, terus ke Darwin International Airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Tak sabar nak ke sana? Jom pergi dengan AirAsia
Sama ada korang plan percutian pendek dengan keluarga atau nak buat ekspedisi penuh ke Top End Australia, sekarang memang masa terbaik untuk masukkan Darwin & Kakadu dalam bucket list percutian korang. Nak buat trip ‘liar’ ni jadi realiti? Inilah peluang terbaik!
AirAsia kini terbang terus dari Kuala Lumpur ke Darwin dengan tambang sehala all-in dari serendah RM299 sahaja!*
Promosi ni hanya berlangsung dari 12 hingga 18 Mei 2025, jadi cepat-cepatlah rebut peluang ni dan buat tempahan sekarang! Tak perlu risau, korang boleh pilih tarikh penerbangan bila-bila dari 27 Jun hingga 25 Oktober 2025, jadi banyak masa nak plan itinerari.
Laluan baru ni menawarkan empat penerbangan seminggu, jadi fleksibel sangat untuk korang pilih tarikh yang sesuai dengan cuti.
Tempahan boleh dibuat terus melalui AirAsia Super App atau laman web rasmi airasia.com.
Untuk info lanjut, layari laman web AirAsia atau ikuti mereka di Facebook dan Instagram. Muat turun juga AirAsia Super App di App Store atau Google Play.
*Termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj peraturan, surcaj bahan api dan caj berkaitan lain. Tertakluk kepada terma & syarat.