in

Darurat Kini ‘Trending’ Di Twitter, Netizen Tak Puas Hati Anggap Ia Sebagai ‘Drama’ Politik?

Ft Darurat Final

Seperti yang korang semua tahu, Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah pun memperkenankan perisytiharaan proklamasi darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Pengumuman Khas Darurat juga telah pun disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 11 pagi tadi untuk menjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan proklamasi darurat ini kepada rakyat.

Darurat Cakap

Namun, pengumuman dan penjelasan yang diberikan oleh Perdana Menteri kita ini nampak gayanya tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat sehingga menjadi topik ‘trending’ yang hangat diperkatakan dalam kalangan netizen di media sosial.

Menerusi tinjauan Lobak Merah di laman Twitter, ternyata rata-rata netizen seakan-akan ‘konfius’ dengan proklamasi darurat yang dikuatkuasakan di negara ini sehingga 1 Ogos depan.

Ada segelintir netizen yang mempersoalkan darurat yang diisytiharkan ini ternyata bukanlah darurat kesihatan untuk mencegah penularan wabak Covid-19 seperti yang disangkakan, tetapi darurat politik!

Perkara ini dibuktikan lagi melalui penjelasan yang dikemukakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang Pengumuman Khas Darurat pagi tadi yang berkaitan dengan isu politik yang melanda negara pada ketika ini seperti ketiadaan pilihanraya buat sementara waktu dan tentera tidak akan mengambil alih pentadbiran negara.

Darurat Gambar

Isu ini menjadi perdebatan dalam kalangan netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dan menganggap perisytiharaan darurat ini sebagai salah satu ‘drama’ politik untuk merebut kuasa pemerintahan dalam kalangan ahli politik.

Korang boleh baca tangkapan skrin komen-komen yang dimuat naik oleh netizen di media sosial seperti dibawah ni.

Komen Darurat 1

Komen Darurat 2

 

Namun, ada juga netizen yang berpendapat penguatkuasaan darurat ini merupakan satu langkah yang bagus untuk menyekat penularan Covid-19 lagi-lagi sekiranya pilihanraya diadakan seperti yang berlaku di Sabah tempoh hari.

Kalau korang nak tahu apa itu ‘darurat’ dengan lebih lanjut, sebelum ini Pakar Perlembagaan, Prof Dr Shamrahayu A. Aziz ada membahaskan dan memberi penerangan serba sedikit mengenai persoalan dan jawapan berkenaan darurat menerusi laman Facebooknya.

https://www.facebook.com/drshamrahayuaziz/posts/177540550623204

Apa-apa pun, marilah kita doakan yang terbaik untuk negara. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan semalam dan bersama kita putuskan rantaian Covid-19. 

Baca: “Baginda boleh memasyhurkan apa-apa ordinan” – Guna Aset Hospital Swasta & Beri Kuasa Kepada ATM, PM Perjelas Lebih Lanjut Mengenai Darurat

Baca Darurat

Sumber: Astro Awani
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter