Sedapnya lah kan kalau dapat makan Big Mac ke, Doublecheese Burger ke… Fuhhh, bayangkan je pun dah cukup buat perut bunyi ni!
Min yakin, mesti ramai antara korang ni McD lovers kan? Kadang-kadang ada yang sampai sanggup ulang order Happy Meals semata-mata nak dapatkan hadiah yang diorang nak! Bukan apa, limited edition hadiah tu susah betul nak dapat.
Haa, untuk semua peminat burger McD, ada berita gembira untuk korang ni! Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah kongsikan satu muzium yang penuh koleksi makanan segera popular itu.
Dekat Alor Setar ada satu lot kedai ni, collector barang McDonald's open museum. All barang McD zaman bapak dia collect sampai la collections dia sekarang.
First McD uniform in Malaysia, first happy meals in Malaysia, first menu, packaging sauce semua ada la ??????? pic.twitter.com/tTJYSQxqnj
— N E Y R A (@neyrashazeyra) March 15, 2022
Difahamkan muzium tersebut dibuka di Pekan Pumpong, Alor Setar dan bayaran tiket hanya RM10 untuk dewasa! Apa yang menarik lagi adalah semua barang yang dijadikan sebagai tayangan merupakan koleksi dari pemilik muzium ini sejak zaman ayahnya hinggalah kini.
“Macam-macam ada!”
Antara koleksi yang mencuri tumpuan di muzium tersebut adalah uniform pertama pekerja di McDonald’s Malaysia, motosikal yang digunakan untuk membuat penghantaran serta mainan dari pembelian Happy Meals dan banyak lagi.
Dari thread yang dikongsikan oleh pemilik akaun ini, dia turut menyatakan jumlah koleksi sebanyak lebih dari 70,000 barangan yang dipaparkan dalam muzium termasuklah menu-menu pada zaman 1980-an!
Ekoran itu, ramai juga yang teruja dan rata-rata dari pengguna Twitter yang lain mengatakan bahawa mereka tidak sabar untuk ke sana demi melihat sendiri semua koleksi itu di depan mata!
“Aku pun tak pernah tau ada tempat ni. Jom serbu geng loqstaq” – Netizen
Wah, min pun sama excited ni! Teringat terus masa kecik dulu merengek dengan ibu sebab nak dapat hadiah. Hahaha! Jom geng, kita pergi sama-sama!
Baca: Warga Rusia Simpan Stok Burger McDonalds, Jual Satu Big Mac Pada Harga RM1,367