Drama Melayu di TV sentiasa mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia. Namun tak disangkal tak terlepas dengan kritikan juga adakalanya.
Baru-baru ini, sebuah drama yang disiarkan di Astro Prima, Monalisa dah jadi bahan ketawa orang ramai disebabkan oleh skrip yang tak masuk akal. Ye ke tu?
Klip drama tersebut yang berdurasi 27 saat itu telah dikongsikan oleh Ajeerah di Twitter memaparkan watak seorang doktor menunjukkan X-ray tengkorak kepala dan memaklumkan kepada ahli keluarga yang pesakit berkenaan telah hilang ingatan.
Sejak itu ramai yang meninggalkan komen pedas kerana skrip tersebut ternyata tidak masuk akal memandangkan seseorang tidak boleh disahkan hilang ingatan hanya dengan imbasan Xray.
Ada juga antara mereka yang menyalahkan penulis skrip serta pengarah kerana tak membuat research terlebih dahulu sebab hal seperti ini amatlah memalukan bila terjadi.
Bukan tu je, kerana kesalahan seperti ini, ada dalam kalangan mereka yang memperlekehkan kualiti drama Melayu dan membandingkan dengan drama Korea yang terbukti melakukan research dengan lebih mendalam sebelum melakonkan adegan serius seperti ini.
Nampaknya lepas ni penulis skrip dan pengarah perlu take note agar perkara macam ni tak berulang lagi. Lagipun kan lebih baik kalau buat research secara mendalam terlebih dahulu supaya penonton dapat belajar sesuatu yang baru dalam drama Melayu.
Adoi, harap mereka menerima kritikan ni dengan hati yang terbuka.