Sekarang ini memang satu dunia tengah bercakap dan mengikuti konflik yang berlaku di antara Palestin dan Israel selepas Hamas melancarkan serangan besar-besaran terhadap Israel bermula 7 Oktober lalu.
Ekoran ini, ramai juga selebriti-selebriti antarabangsa yang turut memberikan pandangan mereka mengenai konflik ini dan ada antara mereka yang menyatakan sokongan terhadap Palestin dan juga Israel.
Jadi dekat bawah ni merupakan senarai antara selebriti yang telah pun bersuara secara terbuka mengenai konflik Palestin-Israel yang sedang berlaku ini.
Artikel berkaitan: Masjid Di Palestin Hasil Dana Rakyat Malaysia Musnah Dibedil Israel
Artikel berkaitan: Israel Nak Bahagikan Masjid Al-Aqsa Kepada Muslim & Yahudi, Ini Apa Korang Perlu Tahu
1. Mia Khalifa
Bekas pelakon filem dewasa dan pempengaruh media sosial Mia Khalifa telah mencipta gelombang di media sosial selepas dia secara terang-terangan bercakap tentang pandangannya mengenai isu yang sedang hangat ini.
Malah pada Isnin lalu, Mia Khalifa yang berasal dari Lebanon ini juga turut trending di X selepas memuat naik beberapa posting menyatakan sokongannya terhadap Palestin.
https://twitter.com/miakhalifa/status/1711179503618212048
Tak cukup dengan itu, Mia juga secara terang-terangan turut mengkritik selebriti yang menyatakan sokongan mereka terhadap Israel.
Ekoran sokongannya terhadap Palestin ini juga, Mia Khalifa telah kehilangan beberapa projek dan jenama yang pernah bekerja dengannya seperti Playboy dan rancangan podcast.
2. Mark Ruffalo
Siapa yang tak kenal dengan pelakon Avengers yang melakonkan watak The Hulk ini kan? Baru-baru ini, Mark telah kongsikan satu mesej dari seorang wartawan Nathan Thrall yang mengatakan:
Ianya sangat mengerikan untuk melihat orang awam yang tidak bersalah dibunuh dan dijadikan sebagai orang tebusan. Kami mendoakan keselamatan orang-orang Gaza yang tidak bersalah dihujani dengan bom dan dikepung.”
I received a note today from @NathanThrall, journalist and author of “A Day In The Life of Abed Salama” that resonated deeply with me. I wanted to share his words as we all watch in horror what is unfolding between the Israeli Government and Hamas today. ⤵️
“It is horrific to…
— Mark Ruffalo (@MarkRuffalo) October 7, 2023
Sebelum ini juga, Mark pernah mengkritik tindakan Israel terhadap Palestin di media sosial namun begitu dia telah dipaksa untuk menarik balik komennya oleh golongan pro-Israel.
3. Younes Bendjima
Peninju profesional dan model Younes Bendjima yang beragama Islam serta berasal dari Algeria ini menyatakan pendiriannya tentang menyalahkan kedua-dua belah pihak di atas konflik ini dengan mengatakan:
Saya memang nak salahkan kedua-dua belah tapi saya tak boleh kerana hanya ada satu pihak sahaja yang betul.”
Tak cukup dengan itu, Younes juga turut kongsikan beberapa fakta menunjukkan tindakan Israel melakukan sekatan pergerakan, layanan diskriminasi di pusat pemeriksaan, dan kehadiran penembak tepat Israel. Dia menunjukkan perbezaan dalam sokongan antarabangsa, merujuk kepada sokongan yang diterima Israel daripada AS. Bendjima turut menonjolkan realiti kanak-kanak Palestin hidup dalam keganasan di bawah ancaman pesawat pejuang Israel.
4. Elon Musk
Manakala Elon Musk menerusi X pula fokuskan pandangannya mengenai posisi Iran terhadap konflik ini di mana dia telah memberikan komen terhadap satu posting yang dibuat oleh Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei yang dilihat telah meraikan serangan terhadap Israel.
Posisi Khamenei jelas yang dia mahu Israel dihapuskan dan bukan hanya mahu menyokong Palestin.
Perkara ini tak mungkin berlaku. Apa yang akan berlaku selama berdekad-dekad adalah kitaran keganasan dan dendam yang tak akan berkesudahan.”
Khamenei’s official position is clear that the eradication of Israel is the actual goal, not just supporting Palestinians.
That will not happen. All that actually happens, decade after decade, is a never-ending cycle of violence and vengeance.
Stoking the fires of hatred isn’t… https://t.co/ffNuY9AgAC
— Elon Musk (@elonmusk) October 8, 2023
5. Gal Gadot
Pelakon Wonder Woman, Gal Gadot yang diketahui sebelum ini pernah menyertai ketenteraan Israel mengatakan:
Hamas telah mengambil orang tebusan, mengawal pangkalan dan kediaman di Israel. Terdapat lebih dari 1,500 orang telah cedera dan pertempuran sengit ini masih diteruskan. Saya dengar suara dan ketukan di pintu. Saya dengan dua orang anak saya yang masih kecil. Saya berdoa untuk semua yang sedang menderita.”
Sumber: The New Arab