in

“Dari kes penculikan hingga pembunuhan” – Ini 3 Kes ‘Unsolved Mysteries’ Yang Berjaya Diselesaikan

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Unsolved Mysteries merupakan satu siri dokumentari yang ditayangkan di televisyen dari 1987 sehingga 2010 menunjukkan kes-kes sebenar yang tak dapat diselesaikan seperti orang hilang, pembunuhan dan aktiviti paranormal. Ia kemudiannya dihidupkan semula oleh Netflix pada tahun 2020.

Siri Unsolved Mysteries versi Netflix ini menggunakan format yang sama dengan siri original tapi menggunakan pendekatan yang lebih moden. Walaupun dokumentari ini tidak memberikan penyelesaian di akhir episod, ia dibuat bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penonton dan secara tak langsung boleh mendapatkan maklumat baru mengenai kes yang ditayangkan.


Jadi tak hairanlah kalau rancangan ni sebenarnya memang berjaya selesaikan beberapa kes lepas ia ditayangkan dalam Unsolved Mysteries. Jom tengok kes-kes apa yang berjaya diselesaikan oleh dokumentari ni.

1. Georgia Tann

Maxresdefault 1

Dilahirkan pada tahun 1891 di Mississipi, Georgia Tann telah menjadi pekerja sosial sebelum dijadikan pengarah di sebuah rumah penjagaan kanak-kanak. Ketika di sana, Georgia telah mengambil seorang anak angkat perempuan dan menjalinkan hubungan songsang dengan seorang wanita Ann Atwood yang turut bekerja di tempat yang sama.

Namun begitu, ketika dia berpindah ke rumah penjagaan kanak-kanak di Tennessee, wanita ini cuba mengambil alih organisasi ini dengan memperdagangkan kanak-kanak untuk membuat duit yang banyak.

Organisasinya ini turut memberikan anak-anak angkat kepada selebriti-selebriti popular seperti Joan Crawford dan Dick Powell dan tak cukup dengan itu, Georgia turut mendapat perlindungan dari ahli politik ketika itu dengan membayar wang perlindungan untuk mengelakkan kegiatan memperdagang dan menculik kanak-kanak ini diketahui orang awam.

2C15A9Eb7Aa11Ce7C06C91D9880E504A

Apabila gabenor baru mula mengambil alih, peguam telah diarahkan untuk menyiasat rumah kanak-kanak di bawah jagaan Georgia ini dan kegiatan haramnya terdedah. Namun wanita ini tak sempat untuk dihukum selepas dia mati akibat kanser beberapa hari selepas pendedahan tersebut.

Dengan kematian Georgia, persoalan mengenai nasib bayi-bayi yang telah diculik juga turut tidak terjawab. Tapi selepas Unsolved Mysteries menayangkan episod mengenai jenayah yang dibuat oleh Georgia pada 12 Disember 1989, rancangan ini telah mendapat lebih 600 panggilan telefon mengatakan yang dorang mungkin antara kanak-kanak yang diculik.

Sekurang-kurangnya 50 dari panggilan tersebut telah dipertemukan semula dengan keluarga asal mereka. Salah satu kes yang popular adalah Alma Sipple. Ketika tahun 1940, anak Alma, Irma telah diambil untuk diberikan penjagaan perubatan, tapi selepas Irma pergi bersama Georgia, dia tak pernah pulang kembali.

Namun selepas Alma melihat episod mengenai Georgia, dia telah menghubungi talian yang tertera dan kemudiannya disatukan semula dengan anak perempuannya yang telah menggunakan nama Sandra Kimbrell selepas 44 tahun terpisah.

2. Misteri pengakuan pembunuhan di stesyen radio

Nmk4Xy B88369691Z.120150409135625000Gnt93409.10.Jpg

Selepas beberapa bulan segmen pagi bersama “Kevin and Bean” dilancarkan pada tahun 1990 di KROQ-FM Los Angeles, rating segmen ini mula merundum. Bagi menaikkan semula rating segmen ini, mereka telah membuat segmen baru yang dinamakan Confess Your Crime. 

Segmen ini jelasnya telah mendapat perhatian ramai dan banyak panggilan mula masuk menceritakan tentang jenayah-jenayah kecil yang pemanggil pernah buat.

Namun, pada 13 Jun 1990, radio ini telah mendapat panggilan dari seorang lelaki yang menceritakan secara detail tentang bagaimana dia telah memukul teman wanitanya dengan ganas selepas wanita tersebut ditangkap curang dengan lelaki lain.

Pemanggil tersebut turut mengatakan yang dia mungkin telah memukul teman wanitanya itu sehingga mati. Namun apabila hos Kevin dan Bean cuba mengetahui lebih banyak maklumat, pemanggil tersebut telah memutuskan panggilan.

Panggilan ini telah mendapat perhatian media lebih-lebih lagi dua bulan sebelum panggilan tersebut, seorang wanita tempatan telah ditemui mati ditembak di dalam rumah teman lelakinya.

Angela Cummings

Pihak polis percaya yang terdapat hubungan di antara panggilan tersebut dan pembunuhan Angela Cummings. Kes ini kemudiannya ditayangkan di Unsolved Mysteries pada 10 Oktober 1990.

Kebanyakan penonton termasuk keluarga Angela percaya yang pemanggil tersebut boleh menyelesaikan kes pembunuhan ini.

Malangnya, walaupun Unsolved Mysteries berjaya selesaikan sebahagian dari kes ini, ia tiada kesudahan yang menggembirakan.

Selepas sembilan bulan siasatan dijalankan oleh LAPD, salah seorang intern KROQ-FM telah membuat pendedahan bahawa confession tersebut hanyalah satu penipuan yang dirancang oleh DJ Doug Roberts yang juga merupakan pemanggil misteri tersebut.

Manakala hos Kevin dan Bean turut sama tahu tentang penipuan tersebut. Mereka kemudiannya memohon maaf atas penipuan tersebut dan telah digantung kerja dan dihukum untuk melakukan kerja khidmat masyarakat dan dipaksa untuk membayar denda sebanyak US$12,000.

Namun begitu, Kevin dan Bean tetap menjadi pengacara untuk rancangan pagi KROQ-FM sehingga tahun 2019 sebelum Bean meletakkan jawatan manakala pada tahun 2019 Kevin telah dipecat bersama rakan-rakan kerjanya yang lain tak lama selepas pandemik Covid-19.

Malangnya sehingga kini, pembunuhan Angela Cummings masih menjadi misteri.

3. Pembunuhan Ryan Stallings

Patty Stallings5 Ryan

Pada 9 Julai 1989, Patricia Stallings telah membawa anaknya Ryan ke hospital selepas risau melihat keadaan anaknya yang jatuh sakit secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab.

Selepas doktor membuat pelbagai ujian ke atas bayi berusia lima bulan ini, mereka telah menemui bahan antibeku di dalam darah yang juga merupakan racun jika dihadam oleh manusia.

Doktor di sana mengesyaki bahawa Patricia telah meracun bayinya ini dengan bahan tersebut dan meletakkan Ryan di bawah jagaan pusat perlindungan selepas keluar dari hospital.

Namun begitu, Patricia masih dibenarkan untuk melawat anaknya. Pada 31 Ogos 1989, Patricia telah melawat Ryan dan menyuapkan bayi ini susu botol. Beberapa hari selepas itu Ryan sekali lagi dikejarkan ke hospital selepas disyaki diracun dengan etilena glikol. Akibatnya Patricia telah ditangkap dan Ryan pula meninggal dunia pada 7 September 1989.

Mv5Bodiynwizngmtmzbmyi00Zdbiltgzywytntizmwi2Mte5Zmjlxkeyxkfqcgdeqxvynzq1Njgzota@. V1

Ketika Patricia ditahan, wanita ini sedang mengandungkan anak keduanya dan bayi tersebut yang diberikan nama David Stalling Jr. turut mempunyai kandungan etilena glikol di dalam darahnya.

Ini menyebabkan kekeliruan berlaku kerana David telah diletakkan di pusat perlindungan sejak hari dia lahir dan tak pernah bersentuhan dengan ibunya.

Pada 31 Januari 1991, Patricia telah didapati bersalah kerana membunuh Ryan dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Namun begitu, pada tahun yang sama, episod Unsolved Mysteries mengenai kes Ryan Stallings secara tak langsung telah mendapat perhatian William Sly, seorang profesor biokimia di Universiti St. Loius.

William telah menjalankan beberapa ujian ke atas darah Ryan dan mendapati kanak-kanak ini mempunyai penyakit genetik yang jarang berlaku dinamakan MMA (asidemia metilmalonik) dan penyakit yang sama turut dijangkiti oleh adiknya.

Dengan bukti yang baru, pendakwa raya George B. McElroy telah meminta mahkamah untuk membuat perbicaraan semula dan keputusan mendapati Patricia Stalling tidak bersalah. Pendakwa raya kemudiannya meminta maaf kepada Patricia dan keluarganya dan memulangkan semula David ke pangkuan ibunya. Patricia kemudiannya telah membuat tuntutan ganti rugi terhadap makmal dan hospital untuk beberapa juta ringgit.

Sumber: ati

 

Baca: Kayla Unbehaun: Kanak-kanak Diculik Ketika Usia 9 Tahun Ditemui Selamat Lepas Ceritanya Keluar Netflix

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.