in

“Dari first game dah tunjuk” – Ini 9 Klu Dedah Identiti Sebenar ‘Pakcik 001’ Yang Ramai Terlepas Pandang!

Collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun dah hampir sebulan Squid Game ditayangkan di Netflix, peminat-peminat dari serata dunia masih belum boleh berhenti bercakap mengenai siri popular ini.


Antara yang masih menjadi sebutan adalah apabila siri ini mendedahkan identiti sebenar pemain paling tua iaitu Pemain 001, Oh Il-nam yang merupakan mastermind di belakang permainan meragut nyawa ini.

Tapi, kalau korang tengok balik Squid Game, sebenarnya identiti Oh Il-nam sudah pun didedahkan dari awal lagi tau! Jom tengok apa klu yang tunjuk pemain 001 ni sebenarnya mastermind game ni.

1. Nama dan nombor

3Cc8Ca05 C169 4B35 8Ccf 4Dbb19A59F74

Macam yang korang semua tahu, Oh Il-nam merupakan pemain yang memegang nombor 001 dalam cerita ini. Ini adalah klu pertama mendedahkan identiti dia.

Kalau korang nak tahu, “Il” pada nama pakcik ini sebenarnya bermaksud “satu” atau “pertama” manakala “Nam” pula membawa maksud “lelaki”. Jadi, namanya je dah memang membawa maksud “lelaki pertama” dan dia memang merupakan orang pertama yang merancang semua ni!

2. Patung tak scan dia masa main “Red Light, Green Light”

Wdbv52Zbsoheca3V9Hekyz

Dalam game pertama siri ini Red Light, Green Light, patung robot yang boleh detect pergerakan pemain yang bergerak masa “lampu merah” ini dilihat mengesan pemain dengan lapisan lampu hijau.

Tapi, bila mata patung ni pandang Il-nam, lapisan lampu hijau tu takde pun. Ini bermakna lelaki ni sentiasa selamat. Lagi satu, dia happy sangat main game ni sampai tak kisah pun orang lain semua mati.

3. Bertembung dengan Gi-Hun

Images

Pada akhir episod satu, bila semua pemain memilih sama ada nak teruskan permainan, Il-nam merupakan individu terakhir boleh memilih. Ini mungkin sebab dia adalah mastermind jadi dah tentulah dia yang boleh buat keputusan nak teruskan atau pun tidak kan?

Tapi, episod seterusnya, Il-nam tiba-tiba je bertembung dengan Gi-hun dekat luar kedai dan sempat yakinkan lelaki itu untuk join balik.

4. Pilih bentuk bintang

Squid Game Il Nam Star Sugar Honeycomb

Bila Gi-hun tawarkan untuk tukar bentuk dengan Il-nam dalam honeycomb challenge, lelaki ni menolak dan insist nak bentuk bintang jugak. Ini kerana dia dah tahu game apa yang perlu main dan perlu pilih bentuk yang senang.

5. Gari dekat tangan Il-nam tak ada kunci

Selain kepakaran dia ketika main tarik tali dalam episod empat, salah seorang pengguna TikTok turut perasan yang semua gari di tangan ahli kumpulannya ada mangga, tapi Il-nam takde! Mungkin untuk mengelakkan dia jatuh ke bawah kalau ahli kumpulannya kalah.

@jinenie

There were so much clues ? #foryoupage #squidgame #squidgameedit #netflix #viral #bts #squidgamenetflix #kdrama #korean #kdrama

♬ She Knows – J. Cole

6. File pemain 001

615C65Be1725D20018B7Ce58

Kalau korang tengok masa polis Hwang Jun-ho selongkar file yang tunjukkan info pemain-pemain, file untuk pemain terkini terus mula dengan pemain 002, ini bermakna file Il-nam tak ada pun dekat situ sebab dia bukan pemain sebenar.

7. Bagi arahan dengan front man

1B85B6A9.Png

Di episod 4, masa dorang bergaduh sebab makanan tak cukup, Il-nam panjat katil dan merayu untuk hentikan pergaduhan tu. Tapi kalau korang tengok balik, Il-nam sebenarnya tengah cakap dekat front man tu dan secara tiba-tiba dorang stopkan pergaduhan tersebut. Padahal dorang bukan dengar pun cakap orang lain.

8. Tak kisah tak ada partner

Screen Shot 2021 09 27 At 4.23.56 Pm 1024X694 1

Klu lain yang tunjukkan identiti sebenar pakcik licik ni adalah masa dorang kena cari partner untuk main game, Il-nam macam tak kisah je dan hanya duduk dekat penjuru. Sebabnya, dia tahu kalau dia tak dipilih, dia tak akan mati.

9. Tak tunjuk kena tembak

Kalau korang tengok player lain mesti nampak yang dorang mati macam korang sah-sah nampak Ali dah jadi mayat, tapi masa Il-nam kena tembak, dengar bunyi pistol je.

@danawang

Spoilers coming ⚠️ Who was your favourite character? #squidgame #squidgamenetflix

♬ MONEY – 리사 (LISA)

Menarik kan? Patutnya dari awal dah boleh teka pakcik ni sebenarnya mastermind.

Sumber: Bustle

 

Baca: Bertemakan Survival, Ini 6 Series Yang Wajib Ditonton Oleh Peminat Squid Game

Screenshot 2021 10 14 At 2.33.58 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.