Semalam, kita digemparkan dengan berita kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Allahyarham Elly Idzlianizar Elias yang disahkan meninggal dunia akibat ditetak dan ditikam.
Penyanyi terkenal tempatan, Aweera menerusi laman Instagram miliknya berkongsi bahawa Allahyarham merupakan abang sepupunya dan dia berharap kematiannya itu mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Artikel berkaitan: Bekas Pelumba GP Negara Elly Idzlianizar Maut Dit*tak, 3 Suspek Ditahan Polis
Artikel berkaitan: Kes Warga Asing Bunuh 3 Beranak, Seorang Lagi Anak Diambil JKM
Menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram, Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Norhissham turut berharap individu yang bertanggungjawab terhadap pelakuan kejam itu dibawa ke muka pengadilan.
View this post on Instagram
“Hangpa tetak darah daging aku wei, semoga ada keadilan untuk Abang Ijar/Elly. Semoga pelaku mendapat hukuman yang setimpal,” tulisnya di kapsyen.
Penyanyi yang juga bekas peserta One in A Million itu turut meminta agar orang ramai memberikan sedekah Al-Fatihah buat sepupunya itu.
Dalam pada itu, Aweera turut sempat berkongsi kenangannya bersama Allahyarham ketika mereka masih kecil.
View this post on Instagram
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham…
Sumber: Instagram