Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli menasihatkan kepada pasangan suami isteri yang beragama Islam disarankan untuk dapatkan nasihat perkahwinan melalui pihak berkuasa yang sah, bukannya dengan ‘coach cera’ yang berisiko memberikan panduan tersasar.
Beliau berkata, nasihat yang tidak bersandarkan syariat itu boleh mengelirukan dan ada potens untuk merosakkan rumah tangga.
Artikel berkaitan : Hanya Perlukan 5 Minit Untuk Tahu Pasangan Itu Bahagia Atau Tidak, Kenyataan Dari Coach Cerai Ini Buat Ramai Terkejut
Artikel berkaitan : “Peranan diiktiraf peringkat antarabangsa” – Terkilan Dikecam Ramai, Coach Cerai Dakwa Peranan Disalah Tafsir
Tak patuh syariat, boleh porak perandakan rumah tangga

Beliau turut menegaskan bahawa isu mengenai coach cerai ini telah memberi pengajaran bahawa mana-mana khidmat nasihat rumah tangga dan penceraian ini memerlukan pendekatan ilmu, kefahaman, bimbingan dan pihak berkuasa yang sahih.
“Rundingan yang adil perlu diambil sebelum sebarang tindakan diteruskan.”
Kenyataan ini diberikan berhubung dengan persoalan daripada Zulkifli Ismail (PN-Jasin) tentang tindakan kerajaan terutamanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai kewujudan perkhidmatan ‘coach cerai’ di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Marhamah, penggunaan istilah dan pendekatan yang ebrkaitan dengan kekeluargaan Islam yang mengelirukan seperti Coach Cerai ini harus dibendung supaya kefahaman masyarakat tidak menyimpang.

“Ia penting bagi mengelak kegusaran awam khususnya dalam menyalurkan ilmu, kefahaman dan bimbingan yang sah.”
“Kerajaan MADANI melalui JAKIM memandang serius isu ‘coach cerai’ yang tular baru-baru ini susulan perceraian pasangan selebriti yang menyentuh urusan pentadbiran hal Islam.”
“Ia sepatutnya dirujuk dan ditangani oleh pihak berautoriti mengikut peruntukan undang-undang dan hukum syarak.”
Sumber : Berita Harian
