in

Dapat ‘Order’ Daripada Geng Pancing, ‘Rider’ Ini Sanggup Naik Sampan Untuk Hantar Makanan

3Rider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tatkala kita masih dalam tempoh PKP ni, nak keluar beli makanan pun takut-takut. Tapi nasib baik sekarang ada kemudahan untuk order makanan secara online. Banyak aplikasi yang kita boleh download untuk tempah makanan dan terus sampai ke rumah.

Ada satu cerita yang menarik melibatkan seorang rider makanan di Thailand yang buat orang ramai tersengih dengan gelagatnya. Apa yang dibuat rider memang lain dari lain. Dia menghantar makanan dengan naik sampan. Cuba korang tengok gambar kat bawah ni.


Screenshot 2021 02 06 At 3.40.51 Pm

Menurut Portal The Thaiger, rider ini telah mengambil pesanan makanan dari restoran dengan menaiki motosikal dan kemudian mengambil sebuah bot kecil atau sampan untuk menghantarnya kepada pelanggan yang sedang memancing di Chacheongsao’s Bang di Sungai Pakong, Thailand.

Yang menariknya, rider tersebut masih pakai helmet ketika menghantar makan kepada pelanggannya. Asalnya rider tersebut tidak tahu dia perlu menyeberangi sungai untuk menghantar makanan kerana lokasi pelanggannya ditetapkan berdekatan sungai.

Screenshot 2021 02 06 At 3.41.09 Pm

Selepas dia tiba di sungai, dia menghubungi pelanggannya yang juga merupakan sahabatnya. Kemudian dia mengambil keputusan untuk menyeberangi sungai dan terus menghantar makanan itu dengan bot.

Screenshot 2021 02 06 At 3.40.32 Pm

Media Thailand berkata, rider tersebut tidak mendapat sebarang insentif tambahan dari usahanya itu. Tapi effort rider ni memang A+ lah admin rasa.

 

Baca: Tokan Dadah Guna Bali Taktik Lama Pakai Food Rider Hantar ‘Barang’ Tak Pasal-pasal Kena Spot Check Dekat Roadblock

Screenshot 2021 02 06 At 3.45.59 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.