Adibah Abdul Mutalib yang merupakan bekas isteri kepada Rosland Othman dan juga bekas madu kepada pelakon Miera Leyana, baru-baru ini, dia mendapat perhatian selepas berkongsi video mengenai kehidupannya sebagai ibu tunggal.
Malah, dia juga berkongsi perjuangannya selama selama dua tahun untuk mendapatkan hak penjagaan penuh ke atas tiga orang anaknya.
Artikel berkaitan: “Adibah bukan isteri derhaka” – Permohonan Plaintif Ditolak, Bekas Madu Miera Liyana Bebas Nusyuz
Artikel berkaitan: Anak Tiri Miera Liyana Tak Terasa Hati Tindakan Bapa, Tarik Mini Cooper & Block Nombor Telefon
Terbaru, peguam kepada Adibah atau lebih mesra disapa Adeeb iaitu Mona Din berkongsi menerusi laman Facebook miliknya tentang kisah perjuangan Adeeb.
“Saya masih ingat hampir selang sehari meeting, berjumpa di pejabat Peguam saya, Akmal SK, merujuk pihak2 agama mencari bukti, hingga akhirnya macam2 dokumen kami jumpa, yang mengesahkan berlakunya #poligamiscam.
Namun Adeeb terus memutuskan untuk tidak bertindak mengikut hati. Wanita baik ini tetap tidak mahu menzahirkan apa jua yg buruk di fb.
Beliau memilih untuk mengikut saluran undang2. Dan tiba2, dlm Adeeb memilih untuk berlaku baik, kami dikejutkan dengan tuntutan perceraian, dan Adeeb di tuduh nusyuz.
Masa ni saya sudah hilang sabar. Saya berikan Adeeb lawyer. Dan saya kata kpd Adeeb, kita lawan,” tulisnya.
Peguam itu juga berkongsi beliau amat kagum dengan kekuatan Adeeb dalam berjuang demi haknya, beliau juga berkongsi di kala Adeeb dan anak-anaknya bercuti ke kuar negara, bekas suaminya, Rosland Othman disahkan muflis.
Nukilan peguamnya itu juga memberitahu bahawa perjuangan masib belum selesai, masih perlu lawan untuk harta sepencarian.
Semoga terus dipermudahkan urusan…
Sumber: Facebook