in

Dapat Banyak Tawaran Kerja, Pemuda Ini Beri Tips Bina Nama Di LinkedIn

Cats 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mencari kerja kosong bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi dunia yang terkesan dengan pandemik Covid-19, membuatkan ramai pekerja terpaksa dibuang atau dikurangkan gaji.


Namun dengan teknik dengan ilmu yang betul, siapa sangka perekrut dan majikan sendiri yang akan menyapa anda bertanyakan jika mahu bekerja bersama mereka.

Situasi ini dikongsikan sendiri oleh seorang pembangun perisian komputer (Software Developer) dalam laman Twitter baru-baru ini.

Menurut Omar Mokhtar, dia telah menerima banyak tawaran pekerjaan melalui mesej di LinkedIn, sehinggakan dia tidak mampu untuk membalas setiap satu mesej yang diterima.

Dia menyarankan agar sesiapa yang mahu mencari pekerjaan terutamanya dalam bidang teknologi untuk mencipta akaun LinkedIn. Di LinkedIn, anda boleh mencipta personal branding untuk dilihat dan dijual kepada perekrut dan majikan.

Apa yang kena buat dalam LinkedIn?

LinkedIn tidak terhad kepada mereka yang mahu mencari pekerjaan sahaja, malah pelajar turut disarankan untuk mencipta akaun LinkedIn. Terang Omar, personal branding mengambil sedikit masa untuk dibangunkan jadi lebih baik diusahakan sejak dari waktu belajar lagi.

“Apa yang saya nak share di LinkedIn ni tuan?”

“Bila masa yang sesuai untuk saya buat LinkedIn ni?”

Saudara Omar juga ada berkongsikan beberapa tips untuk mereka yang tidak tahu mahu buat apa selepas mencipta akaun LinkedIn. 

Berikut adalah perkongsian saudara Omar Mokhtar:

Dalam tweet aku sebelum ni, aku cakap buatlah LinkedIn dari awal, terutamanya kepada para pelajar. Janganlah bila dah grad baru nak buat; sebab nak bangunkan personal branding ni makan masa ya anak-anak.

Jom, aku kongsikan?

1. ‘PERSONAL BRANDING’?

Personal branding adalah tentang bagaimana kau nak orang kenal kau.

Contoh kalau kau nak orang kenal kau sebagai make-up artist, kau cerita tentang tips make up. Kalau kau nak orang kenal sebagai chef, kau kongsi tips/video resepi.

1 11

Pertamanya mindset. Contohnya, aku nak orang kenal aku sebagai orang IT/developer/programmer/software engineer.

Maka di sini aku set dalam minda: aku nak, kalau orang mention nama @omarqe, dia tahu @omarqe bercakap tentang CSIT, programming dan yang berkaitan dengan teknologi. Jadi, di Twitter, aku fokus berkongsi tentang sains komputer dan IT. Aku buat kompilasi bebenang dan pin kat profil.

Kalau ada antara pembaca pernah nampak tweet-tweet aku lalu kat timeline diorang sebelum ni, diorang mungkin akan cam gambar profil walaupun tak ingat nama.

Gambar profil, nama dan username adalah ramuan utama yang kena konsisten untuk kukuhkan personal branding. Apa-apa yang kita kongsi, orang akan tengok gambar profil dulu. Bila muka ni selalu lalu depan mata dan asal lalu je cakap benda sama, lama-lama orang kenal nama pula.

Next time bila orang tengok gambar dan nama orang dah tahu mamat ni cakap pasal apa, mamat ni buat apa and so on. Nama dan username kena konsisten untuk mudahkan carian di pelbagai platform media sosial. Ini akan naikkan ‘online presence’ korang.

Manakala di LinkedIn pula, aku lebih banyak bercakap tentang kerja dan hasil kerja. Aku jarang update benda lain selain kerja. Kalau ada hasil kerja aku yang lawa-lawa aku akan update kat LinkedIn hahaha. Inilah yang kita nak bincangkan panjang lebar dalam bebenang ni.

Lama ke nak bina personal branding ni? Bagi aku, ya.. benda ni memang makan masa.

Aku bermula sejak sekolah lagi. Aku dapat job pertama sebelum masuk degree (tapi diorang tak bayar). Kemudian dapat job berbayar masa tahun pertama degree. Dari situ aku kembangkan sedikit demi sedikit. Mula buat website sendiri (design + develop sendiri), beli domain dan tulis blog.

Dengan cara ni, boleh la dapat job sikit-sikit. Ada la juga hampir close job dengan selebriti tempatan. Masa tu followers ratus-ratus je.

Oh, nak bina personal branding ni tak perlu banyak followers pun. Tak perlu stres sangat pasal followers.

Cukup orang yg berpotensi jadi klien atau ambil kau kerja, kenal kau dan tahu kau buat apa. Kalau famous itu bonus Allah bagi, jaga elok-elok dan cuba manfaatkan orang lain.

Untuk aku, aku ambil masa bertahun-tahun nak bagi orang kenal aku buat apa. Sebab tu aku cakap kena mula dari awal. Walau bagaimanapun masih belum terlambat untuk mula sekarang.

Macam tanam pokok la. Kalau esok nak makan nasi, bukan harini baru tanam padi.

2. APA ITU LINKEDIN?

Rasanya semua tahu LinkedIn ni sebuah platform untuk professional networking. Tak perlu terang lebih-lebih, semua orang pernah dengar dan tahu kewujudan LinkedIn.

Yang orang tak tahu, macamana ia berfungsi dan kenapa ia membantu?

C 4

Begini, pada pendapat aku, cara cari kerja ini ada dua:

Pertama, kita cari kerja. Cara ni, kita hantar resumé/cv ke syarikat-syarikat yang kita nak kerja dan kemudian tunggu respons diorang. Kita guna platform macam JobStreet dll. untuk cari kerja.

Kedua, kerja yang cari kita. Setiap hari kita dapat tawaran kerja baru di pelbagai syarikat. Tawaran yang kita dapat tu pula adalah tawaran yang kita betul-betul mahir dan minat. Kat sini kita boleh guna LinkedIn.

Pada pendapat korang, yang mana lebih best?

Mungkin ada antara korang akan fikir cara kedua lebih effortless. Tapi cuba fikir balik, betul ke effortless?

Macamana kita nak ‘unlock’ cara kedua ni?

Inilah yang dikatakan months/years of personal branding. Sekarang kau dah mula nampak tak apa yang aku cuba sampaikan?

Bagi aku, this is how LinkedIn supposed to work for you. LinkedIn ni macam resumé online. Orang boleh tengok profil profesional kau pada bila-bila masa dan di mana-mana jua mereka berada. Jadi, atas kau lah nak jadikan profil kau ‘stand out’.

Di LinkedIn, selain golongan profesional, kat situ juga tempat para recruiter berhimpun. Recruiter ni siapa? Headhunter. Tugas diorang ni adalah mencari talent sama ada untuk syarikat dia atau syarikat klien dia. Yang dia tahu, dia nak cari orang untuk isi kekosongan jawatan.

Setiap hari diorang akan cari la profil calon yang diorang rasa layak untuk isi sesuatu jawatan tu. Maka bila aku tunjuk tawaran yang banyak macamni, ini perkara biasalah. Diorang ni hantar mesej sama kepada puluhan calon lain yang diorang rasa sesuai.

Nanti sampai satu tahap, korang dah tak larat nak reply semuanya. Awal-awal dulu aku ada juga reply satu dua, lepastu dah tak reply dah.

Benda ni bukan show off. Mungkin anda tak faham sains di sebalik inbox yg dipenuhi dengan mesej begini. Lagipun, ini industri IT.

Persoalan sebenar di sini, macamana kita nak ‘aktifkan mode’ ni? Ada pakai cheat apa-apa ke? Bagus ke kalau macamni?

Haa, ini lah yang aku nak kongsikan, teruskan membaca. Benda ni inshaAllah semua orang boleh buat.

Okay jom ke point seterusnya.

3. LOVE WHAT YOU DO

Aku sengaja mula dengan point ni sebab dengan meminati kerja kita, we’ll push ourselves to unlock our full potential. Bila dah minat, pasti kita termotivasi untuk terus konsisten buat apa yang kita buat sekarang.

Sssss

Orang yang minat sesuatu ni apabila dia berkongsi tentangnya, dia akan berkongsi dengan penuh ikhlas dan excitement.

Biasanya orang boleh hidu yang kau passionate dalam benda tu dan ini tak boleh buat-buat. Jadi, energy ini penting bila kau nak post sesuatu kat LinkedIn.

4. LINKEDIN ALL-STAR

Profil kat LinkedIn ada lima tahap kekuatan: Beginner → Intermediate → Advanced → Expert → All-Star.

D 3

All-Star adalah tahap tertinggi. Algorithm LinkedIn akan mendahulukan profil All-Star sebelum yang lain-lain dalam hasil carian.

Kalau nak cemerlang kat LinkedIn, korang kena dapatkan profil All-Star. Kena bayar ke? Tidak. All-Star ni maksudnya profil korang tu lengkap selengkapnya lah.

Jadi, macamana caranya nak dapat ni?

Senang saja.

(a) ‘Profile picture’

Profile picture yang digunakan mestilah nampak profesional dan presentable. Sebagusnya, dicadangkan supaya letak gambar paras bahu ke atas.

Jangan tak letak pula gambar LinkedIn ni. Penting!
E 2

 

(b) ‘Headline’

Seterusnya letak headline yang bagus. Ada 120 aksara boleh diisi, jadi korang boleh manfaatkan benda ni untuk tangkap mata pembaca sebab ia akan dipaparkan dalam hasil carian.

F 1

(c) ‘Summary’

Sini tempat untuk tulis maklumat tentang diri kau. Gunakan summary untuk cerita benda awesome yang korang pernah buat.

Capture 12

Aku guna ruangan ini untuk cerita benda simple saja – pasal apa aku buat, projek terbesar dan teknologi yang aku kuasai.

(d) ‘Experience’

Kat sini korang senaraikan lah setiap pengalaman. Pernah kerja dengan siapa, sebagai apa, kat mana dan terangkan lah apa yang korang buat dan pencapaian kat situ.

G

Sebagai permulaan untuk pelajar, nak letak FYP pun boleh kat sini hehe.

(e) ‘Education’

Sini letak lah kelayakan universiti, sijil-sijil yang korang ambil, kelas-kelas dan sebagainya. Self-explanatory.

(f) ‘Relevant skills’

Anyconv.com H

Letak skills yang relevan dengan bidang korang. Satu benda pasal ni, korang boleh ambil Skill Quiz tu. Cuba la jawab soalan-soalan tricky dia tu hehe.

Bila passed, dia akan bagi “LinkedIn Skill Assessment badge”.

(g) ‘Recommendation’

Anyconv.com J
Bahagian recommendation ni juga penting untuk dapat profil All-Star. Minta colleague korang atau sesiapa saja yang pernah lihat kerja korang tulis recommendation.

(h) ‘Contact Information’

Macamana orang nak hubungi korang kalau tak ada maklumat ni kan. Maka lengkapkan maklumat ini.

5. ‘CONNECT’

Kat LinkedIn ni, cuba connect dengan tokoh-tokoh yang korang kenal. Kalau orang IT, korang boleh connect dengan memana tokoh dari apa-apa bidang yg menggunakan teknologi.

Bila profil kita lengkap, orang lebih yakin untuk berhubung dengan kita. Di samping tu, rajin-rajinkan diri untuk post sesuatu kat LinkedIn.

Boleh jadi potential client ni hubungi korang sebab terbaca post korang. Post benda yg korang rasa ada impak kepada kerjaya korang. Gitu.

6. ‘FILTER INBOX’

Walaupun ada banyak requests tanya “open for new opportunities?”, namun tak semuanya bagus dan berkualiti. Kena pandai filter kalau tidak buang masa saja. Kadang tu bot saja. Scammer pun ada.

Cuba tengok ni sebagai contoh, sometimes orang yang nak reach kita ni dengan gambarnya takde, lepastu datang entah dari mana.

Diorang ni tak kenal pun kita tahu-tahu urgently hiring.

Anyconv.com Eu9Prz4Veag Gpu

Tapi ada juga yang betul.

Buat background check pun memang syarikatnya wujud, profilnya real. Kalau dapat macamni, bolehlah engage kalau nak engage.

Anyconv.com Eu9Pspauyayyijs

Aku memang pernah engage pun dengan connection kat LinkedIn dan alhamdulillah berjaya close projek durasi dua minggu masa PKP 1.0 tahun lepas.

Jadi, kalau ada orang kata semuanya bot, tak semestinya. Anda cuma kena pandai select.

Semoga perkongsian saudara Omar Mokhtar ini berguna buat anda yang sedang mencari kerja kosong, terutamanya dalam bidang teknologi. Selamat mencuba!

 

Kredit: Omar Mokhtar

BACANak Tahu Lubuk Cari Kerja Kosong? Ini Senarai 7 Portal Yang Patut Anda Lawati

Untitled 1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.