Sebelum ini kita banyak dengar cerita, punca lambakan pelarian Rohingya di Malaysia adalah kerana kekejaman kerajaan negara asalnya yang cuba untuk membunuh semua etnik Rohingya bagi menghapuskan etnik ini dari Myanmar.
Pun begitu, ramai yang mengatakan cerita ini hanyalah rekaan semata-mata untuk meraih simpati dan kerajaan Myanmar turut menafikan tuduhan ini.
Namun, untuk pertama kalinya, NBC News telah keluarkan pengakuan dari pihak askar-askar Myanmar yang dorang dah melakukan pembunuhan dan rogol besar-besaran terhadap etnik Rohingya pada Ogos 2017 yang lalu.
Dua askar, Prebet Myo Win Tun dan Prebet Zaw Naing Tun telah lari dari negara mereka dan di bawa ke bandar The Hague, Netherland tempat letaknya Mahkamah Jenayah Antarabangsa selepas video testimoni mereka mengesahkan kekejaman terhadap komuniti Rohingya diudarakan.
Menurut Myo Win Tun, kolonel bertugas telah memberitahu kumpulannya yang misi mereka adalah untuk menghapuskan orang-orang Rohingya di kawasan mereka.
Bunuh semua yang korang nampak dan dengar.”
Dia juga turut mengaku unitnya menurut arahan yang diterima dan telah membunuh kanak-kanak dan orang tua etnik tersebut manakala wanita pula akan dirogol dulu sebelum dibunuh. Dikatakan juga, lebih 30 mayat telah ditanam di dalam kubur besar berdekatan pangkalan tentera.
Koperal, sarjan dan pegawai telah merogol wanita Muslim. Saya juga pernah rogol sekali. Lelaki Muslim pula ditembak di kepala sebelum disepak masuk ke dalam kubur.”
Zaw Naing Tun pula mengatakan yang dia tak pernah merogol mana-mana wanita kerana pangkatnya rendah dan dia hanya diarahkan untuk menjaga kawasan tersebut.
Saya jaga luar masa dorang merogol. Saya perlu jaga kawasan sebab saya hanya prebet. Saya tak boleh ingat nama-nama dan pangkat mereka sebab ada ramai.”
Dalam video testimoni ini, lelaki itu turut mengatakan yang dia dan prebet-prebet lain telah mengorek lubang untuk dibuat kubur.
Kalau korang nak tahu, ini pertama kali askar Myanmar bercakap dan mengaku tentang pembunuhan besar-besaran ini.
Tindakan ini telah memaksa lebih 730,000 komuniti Rohingya untuk melarikan diri dan mencari perlindungan di negara-negara lain.
Bagi kerajaan Myanmar pula, mereka telah menafikan pembunuhan ini namun Negara Bersatu sebelum ini telah melantik kumpulan untuk menyiasat perkara ini termasuk pihak atasan tentera di Myanmar atas tuduhan membunuh, merogol, menyiksa, perhambaan seks dan penganiyaan.
Pertubuhan Kerjasama Islam pula telah bertindak sebagai wakil kepada 57 negara memfailkan kes kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas kesalahan “cuba merosakkan Rohingya sebagai sebuah kumpulan, secara keseluruhan atau sebahagian dengan melakukan pembunuhan besar-besaran, rogol dan keganasan seksual dalam pelbagai bentuk.”
Dua askar ini juga kini dalam tahanan Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan mungkin akan dihukum atas kesalahan mereka atau menjadi saksi bagi pendakwaan pegawai-pegawai atasan mereka.