in

“Dalam kehidupan lain…” – Tidak ‘Girly’, Cik B Muat Naik Video DSV & Leona Menari Buat Ramai Sebak

syaz ft 2025 11 25T105824.422

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hantaran personaliti media sosial, Cik B, sekali lagi menarik perhatian ramai apabila kapsyen ringkas yang ditulisnya menyentuh hati para warganet. Melalui sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, berkongsi rakaman pendek memaparkan ibunya, Datuk Seri Vida, menari ceria bersama pempengaruh terkenal, Leona.

Video berdurasi 18 saat itu mungkin kelihatan biasa, namun kapsyen yang ditulis oleh Cik B berjaya menyentuh hati netizen. Dalam tulisannya, Cik B seolah-olah membuka sisi dirinya yang jarang dipertontonkan, terutama berkaitan hubungan dia dengan ibunya.


Artikel berkaitan: Cik B Kongsi Pengalaman Seram Singgah Di Restoran Bunian

Artikel berkaitan: “Kami Budak Gen Z” – Anak Aliff Syukri Buat Lagu Raya, Ada Cik B Lagi!

@cikb_havoc

Just some random thought:) #fyp #cikb #tiktokmalaysia

♬ original sound – Healing – DC ONLINE MARKETING

“Di kehidupan lain, saya akan jadi anak perempuan girly yang mama impikan. Tapi buat masa sekarang saya memilih untuk melindunginya,” tulisnya.

Ayat pendek itu cukup membuatkan netizen sebak serta ‘termenung’ seketika kerana personaliti Cik B di media sosial tidak seperti itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengaku tersentuh dengan pengorbanan dan kematangan Cik B. Malah, Leona sendiri juga turut meninggalkan komen di hantaran tersebut.

cats 17

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.