Korang pernah dengar tak pasal ‘kepercayaan karut’ ketika wanita mengandung, bersalin atau dalam pantang? Kadang-kadang tu sampai tak masuk akal.
Macam yang dikongsikan seorang doktor ni di twitter berkenaan apa yang perlu dilakukan pada uri atau placenta selepas seseorang wanita itu selepas dia bersalin.
“Dalam islam, takde pun disuruh tanam uri dengan paku la, tanam dengan pensel la…”
https://twitter.com/muhammadeizat/status/1140219491357319168
Betul jugak yang biasa admin dengar uri tu lepas je seseorang wanita itu bersalin perlu dibasuh dengan bersih sebelum ditanam (supaya tak ada bau darah dan hanyir).
Lepas tu tanam pun kena lah ada caranya supaya tak ada binatang lain korek dan makan uri tersebut.
Sebenarnya tanpa kita sedari rupanya ada segelintir masyarakat yang percaya dengan amalan-amalan tersebut, malah dipercayai ia masih diamalkan dalan kalangan masyarakat tertentu.
Malah ada netizen yang berkongsi kepercayaan tersebut dan jelas masih diamalkan keluarga mereka sehingga kini.
“Kalau tanam dengan paku tu my mum bagitau so that binatang liar/buas tak korek and makan.”
Betul jugak kenapa perlu tanam dengan paku, pensel tu semua kan? Korang rasa macam mana?