Selain daripada cuti umum, ulang tahun kelahiran memang dinanti-nantikan oleh setiap orang dalam dunia ni. Mana taknya, ulang tahun kelahiran kan datang hanya sekali setahun. Bagi yang lahir pada 29 Februari pula, lagilah terpaksa hadap birthday sekali sahaja dalam tempoh 4 tahun.
Ungkapan seperti “Selamat Hari Jadi”, “Sanah Helwah” dan “Happy Birthday” adalah benda yang paling happy kita boleh terima daripada keluarga dan kawan rapat kita. Momen indah ketika hari jadi seperti potong kek dan buka hadiah selalunya akan dirakam dekat phone untuk disimpan sebagai memori.
Baru-baru ni, viral kat TikTok @tuan.asri.tuan.aliwi yang berkongsikan tentang video artis Liyana Jasmay sambut birthday tapi yang jadi tumpuan adalah lilin dan cara beliau wish depan kek.
https://www.tiktok.com/@tuan.asri.tuan.aliwi/video/7080675574154300699?_t=8R4Pp56zOZG&_r=1
Dalam video tersebut, dapat dilihat yang Liyana Jasmay bukan sahaja meniup lilin tapi dia juga turut mengenggam tangan ‘make a wish’ seperti yang selalu dibuat oleh mat salleh dalam movie.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ada yang kurang gemar dengan perbuatan artis ni yang dianggap sebagai mengikut budaya Barat dan bertentangan dengan ajaran Islam.
“Terikut adat negara barat jadi macam ni lah” – Komen netizen
“Dalam Islam mana boleh tiup lilin time birthday” – Komen netizen
Ada jugak netizen menambah dengan berkongsikan pengalaman bahawa tiap kali dorang beli kek birthday, mesti dorang akan buang terus lilin dalam tong sampah. Korang pulak macam mana?
Sesetengah netizen juga backup dengan cakap yang perkara ni tak sepatutnya jadi isu dan Liyana sendiri tak patut dikecam. Doakan yang terbaik untuk dia okayy!!
“Janganlah korang judge dia” – Komen netizen
“Tegur elok-elok pastu doakan yang baik-baik je lah” – Komen netizen
Apa pendapat korang? Korang tiup lilin tak waktu birthday?
Baca: “Berebut Tiup Lilin, Dua Beradik Ini Diberi Peluang Tiup 500 Lilin Hari Jadi”