in

Dakwa ‘Terjatuh’ Masa Hiking, Lelaki Kantoi Tolak Isteri Atas Gunung Lepas Polis Jumpa…

collage 4.16.02 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harold Henthorn yang bekerja sebagai pengumpul dana untuk gereja serta hospital dan isterinya Toni merupakan sekorang pakar oftalmologi telah berpindah ke Denver untuk menikmati pemandangan pergunungan selepas melangsungkan perkahwinan pada tahun 2000.

Bila tengok dari luaran, kehidupan pasangan suami isteri ini memang nampak bahagia dan mereka juga turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada tahun 2005.


Henthorn Harold 006679Henthorn Harold 026598 trans NvBQzQNjv4BqUKDBh4vFgtEtf xE DBR52Y4VEOYqFzSjdNpNmMk7bM.jpg

Malangnya, selepas 12 tahun berkahwin Toni telah meninggal dunia kerana terjatuh dari puncak Mountain Rocky ketika pergi hiking bersama suaminya bagi menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.

Namun, ketika pihak polis menyiasat kes ini, mereka menemui sesuatu yang menyebabkan dorang rasa Toni bukannya terjatuh tapi ditolak oleh Harold.

Bukan tu je, sebelum ini juga isteri pertama Harold turut meninggal dalam keadaan yang mencurigakan…

Harold terlalu mengongkong?

Harold dan Toni bertemu melalui laman web cari jodoh untuk orang Kristian di mana ketika itu, Toni baru sahaja bercerai manakala Harold kehilangan isterinya di dalam kemalangan tragik empat tahun sebelum itu.

Selepas berkahwin, abang Toni, Barry Bertolet perasan yang dia susah untuk bercakap dengan adiknya secara private. Menurutnya, Harold sentiasa jawab telefon dan bila dia nak cakap dengan Toni atau anak mereka Haley, lelaki tersebut akan buka speaker.

Manakala pengurus di pejabat Toni pula mengatakan, Harold sangat mengongkong sehinggakan isterinya itu tak boleh buat apa-apa appointment atau aktiviti yang di luar kebiasaan melainkan selepas bercakap dengan suaminya.

toni and harold henthorn hiking on deer mountain

Malah, pada tahun 2011, Toni telah mengalami kecederaan yang serius ketika dia bantu suaminya membuat kerja pembinaan di rumah. Namun Toni tak beritahu keluarganya sehinggalah dia dah lama sembuh.

Toni menceritakan, ketika kemalangan tersebut, dia sedang menolong suaminya tapi bila dia berjalan di bawah beranda, tiba-tiba ada kayu berat jatuh ke atas lehernya sehingga menyebabkan tulang belakangnya patah. Namun dia sempat beritahu kalau dia tak tunduk ketika itu untuk ambil sesuatu masa berjalan ke arah suaminya, dia memang tak hidup dah.

Kematian tragik Toni Henthorn

Pada September 2012, Harold telah membuat keputusan untuk membawa Toni mendaki Rocky Mountain bagi menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12.

Namun begitu, pilihan Harold untuk sambut ulang tahun ini dirasakan agak pelik oleh ahli keluarga Toni memandangkan wanita tersebut mengalami masalah lutut.

Pada 29 September 2012, pasangan ini telah pergi ke gunung tersebut dan mendaki sejauh dua batu sambil menangkap gambar sepanjang perjalanan.

toni henthorn on deer mountain

Petangnya, abang Toni mendapat satu mesej dari Harold mengatakan bahawa adiknya itu cedera kerana terjatuh sebelum mendapat satu lagi mesej mengatakan Toni telah meninggal dunia.

Toni telah terjatuh di tebing Deer Mountain pada ketinggian 140 kaki dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Barry, Harold pada mulanya memberitahu bahawa isterinya itu mengalami kesukaran ketika mendaki dan berada di belakangnya. Tapi bila dia toleh, Toni dah tak ada di belakang dan dia mula mencari sebelum menemui mayatnya di bawah tebing.

Cerita Harold malangnya berubah-ubah, dia kemudian mendakwa dia telah menerima mesej dan Toni jatuh ketika dia sedang membaca mesej tersebut dan tak nampak apa yang berlaku. Versi lagi satu, Harold mengatakan isterinya terjatuh ketika mengambil gambarnya.

Siasatan pihak polis

Beberapa hari selepas kematian Toni, detektif telah menemui satu peta mencurigakan dari kereta Harold.

Ia menunjukkan peta Rocky Mountain dan denai Deer Mountain yang didaki mereka telah ditanda dengan highlight berwarna merah jambu. Namun apa yang pelik, di dalam peta tersebut Harold telah tandakan ‘X’ di tempat Toni terjatuh.

Ketika soal siasat, lelaki ini terkejut dengan penemuan tersebut dan tak terjawab sebelum mendakwa peta tersebut bukanlah untuk trip daki bersama isterinya tapi peta yang dibuat untuk anak buahnya. Namun polis tak percaya ceritanya.

2D064E7E00000578 3258020 Harold Henthorn has maintained that his wife s death was an acci a 3 1443819760989

Pada masa yang sama, penyiasat turut menemui tentang kematian isteri pertama Harold, Sandra “Lynn” Rishell.

Pada Mei 1955, Harold dan Lynn telah memandu di Colorado sebelum tayar kereta mereka tiba-tiba pancit.

Harold memberitahu polis pada ketika itu yang isterinya telah membantu dia menukar tayar sebelum terjatuhkan nut dan merangkak ke bawah kereta untuk mengambilnya. Ketika itu, pengangkat kereta tiba-tiba jatuh dan jeep yang dinaiki mereka ini telah menghempap wanita malang ini.

Keluarga Lynn curiga dengan apa yang berlaku kerana mengetahui bahawa wanita tersebut mempunyai artritis dan tak akan tunduk untuk ambil nut yang terjatuh. Lynn juga merupakan seorang yang berhati-hati dan tahu untuk tidak masuk ke bawah kereta.

Pun begitu, kematian Lynn telah disahkan sebagai kemalangan dan Harold berjaya menuntut insurans nyawa isterinya itu. Malah, polis turut menemui lelaki ini hanya hidup melalui duit insurans dan tak pernah bekerja selama 20 tahun sehingga kematian Toni.

Kesemua maklumat ini telah menyebabkan pihak juri sebulat suara mendapati Harold bersalah dalam pembunuhan Toni

Namun begitu, sebelum dia dihukum penjara seumur hidup, Harold menegaskan bahawa dia tidak membunuh isterinya itu.

Toni adalah seorang wanita yang hebat. Saya sayangkan dia dengan sepenuh hati. Saya tak bunuh dia mahu pun orang lain.”

Bagaimanapun, keluarga Toni tetap mempercayai yang lelaki ini telah menolak Toni dari tebing gunung tersebut.

Sumber: ati

 

Baca: [Video] Pasangan Sedang ‘Berasmara’ Hilang Keseimbangan & Jatuh Dari Jambatan Setinggi 50 Kaki

collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.