in

Dakwa Tak Ambil Pakaian Zara Sebagai Bukti, Peguam Labelkan Kertas Siastaan Diberikan Ke AGC Tidak Lengkap

ft peguam ibu zara AGC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13 iaitu Hamid Ismail dan Shahlan Jufri berpendapat bahawa kertas siasatan yang polis berikan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak lengkap dan tidak menyeluruh serta mempunyai fokus yang sangat kecil.

Dalam satu kenyataan, mereka berkata ia tidak dikira dengan ketiadaan bedah siasat dilakukan terhadap jenazah Zara Qairina sebelum pengebumian itu dilakukan.


Artikel berkaitan : Ibu Zara Qairina Percaya Kematian Anak Ada Unsur Jenayah –  Peguam

Artikel berkaitan : Akhi Fairuz Mohon Maaf Isu Posting ‘Plot Twist’ Yang Dikaitkan Dengan Kes Adik Zara Qairina

Mengulas lanjut, mereka telah memberikan contoh pakaian dan barang peribadi milik mangsa ketika ditemui di bawah bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah pada tanggal 16 Julai yang didakwa tidak diambil pihak polis sebagai bahan bukti.

Katanya, semua pakaian dan barang milik Zara Qairina sudah diserahkan oleh pihak hospital kepada ibu mangsa pada hari kejadian dan kini berada dalam jagaan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah dilantik keluarga.

“Sejak 17 Julai lalu sehingga hari ini, pihak polis tidak pernah mengambil atau memohon dari anak guam kami untuk mendapatkan semua pakaian dan barang berkenaan bagi tujuan siasatan.”

“Kami sangat terkejut dengan perkara di atas kerana sepanjang pengalaman kami melakukan kes-kes perbicaraan jenayah di mahkamah, pihak polis akan merampas semua item dipakai seorang mangsa yang disyaki mati akibat apa-apa tindakan jenayah bagi tujuan siasatan.”

Screenshot 2025 08 04 102337

Peguam tersebut juga telah menjelaskan bahawa semua pakaian dan barang tersebut adalah bahan bukti penting yang sewajarnya diperiksa dan dianalisis secara forensik untuk menentukan sama ada kematian Zara Qairina yang telah membabitkan unsur-unsur jenayah atau tidak.

“Kegagalan pihak polis berbuat demikian menimbulkan tanda tanya serius sama ada siasatan mereka (selama ini) hanya fokus ke arah mati mengejut atau bunuh diri sahaja, sedangkan ibu Zara Qairina sudah memfailkan beberapa laporan polis memohon siasatan berkenaan kematian Zara yang mempunyai unsur-unsur jenayah.”

“Oleh itu, kami berpendapat kertas siasatan sudah dihantar ke Jabatan Peguam Negara adalah tidak lengkap, tidak menyeluruh dan mempunyai fokus yang sangat kecil… apatah lagi, tidak ada bedah siasat dilakukan terhadap jenazah Zara sebelum pengebumiannya.”

Selain itu, mereka juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan beliau terhadap Zara.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar memberi jaminan bahawa tiada perlindungan diberi kepada mana-mana pihak termasuk pelaku kes yang membabitkan kematian Zara Qairina yang juga pelajar Tingkatan Satu SMKA Tun Datu Mustapha Limauan yang didakwa mempunyai kaitan dengan perlakuan buli.

Tegas beliau, kematian dengan cara sebegitu bukanlah perkara yang dipandang ringan dan mahu siasatan yang lebih mendalam dilaksanakan oleh pihak berkuasa dengan kadar segera.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.