in

Dakwa Mampu Tenung Matahari Tanpa Berkelip Selama Sejam, Lelaki Ini Cipta Rekod Baru di India

F2 Tenung Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika kita kanak-kanak dulu, mesti ramai yang konon cuba-cuba nak tenung matahari secara direct tanpa memakai sebarang alat perlindungan seperti cermin mata hitam? Namun, selalunya cubaan ini tak akan berjaya sebab kita akan dimarahi mak sebab takut mata akan rosak atau buta.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki yang berusia 70 tahun di India ini pula dikatakan mampu merenung matahari tanpa berkelip selama satu jam, lapor Oddity Central.


Tenung Sun 2

Hebatnya lagi, dia juga dilihat tidak memakai cermin mata hitam untuk melakukan perkara itu. Lelaki yang dikenali sebagai MS Verma itu dikatakan berjaya merenung matahari kerana telah berlatih sejak 25 tahun lalu setelah diinspirasikan oleh seorang guru India.

Dia telah berjaya mengalahkan rekod merenung matahari tanpa berkelip selama 10 minit yang dimiliki oleh individu lain di negara itu beberapa tahun sebelum ini. Selain itu, dia ada memberitahu pemberita tempatan di sana bahawa dia turut berhajat untuk menyertai Guinness World Records nanti.

Tenung Sun 4

Selepas berjaya merenung matahari tanpa berkelip selama satu jam itu, Verma dilihat baik-baik sahaja dan penglihatan matanya juga dianggap normal.

Untuk memastikan tiada sebarang cubaan menipu dilakukan sepanjang merenung matahari itu, terdapat beberapa pakar kesihatan, wartawan dan wakil daripada Buku Rekod Kebangsaan India turut datang ketika lelaki warga emas ini melakukan cubaan merenung matahari itu

Anda boleh tonton video yang dikongsikan di Facebook ini.

https://www.facebook.com/watch/?v=1585391581798534

Namun, orang lain diingatkan untuk tidak mencuba aktiviti yang sama di rumah kerana merenung matahari secara terus walaupun hanya untuk tempoh beberapa saat boleh menyebabkan kerosakan pada retina mata.

Dalam masa yang sama, kaedah yang digunakan oleh lelaki ini sehinggakan dia mampu tahan tengok matahari ini dalam tempoh yang lama masih belum dapat dipastikan sebab kalau dari segi saintifik tenung matahari memang boleh memberi risiko buruk pada kesihatan penglihatan kita.

Ingat, jangan tiru aksi ni di rumah. 

Sumber: Oddity Central, Facebook KameraOne 

Baca: Penduduk Kampung Buat ‘Matahari’ Sendiri Sebab Tak Sanggup Bergelap 3 Bulan 

Tenung Sun 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.