in

Dakwa Lim Kit Siang & ‘Lim’ Kuan Yew Sepupu, Kenyataan MP Kepala Batas Terima Kecaman?

MP kepala batas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Mohamad dalam sebuah ucapan berkata bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bapanya Tan Sri Lim Kit Siang mempunyai pertalian darah dengan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Difahamkan, ucapan itu dirakamkan ketika di Himpunan Jentera Muslimat & Ameerah di Kemaman, Terengganu.


Artikel berkaitan: “Bagus dia sama taraf dengan Nik Aziz” –  Tun M Ulas Mengenai Anugerah ‘Tan Sri’ Lim Kit Siang

Artikel berkaitan: “Saya bangun untuk pertahankan maruah” –  Radzi Jidin Perjelas Isu Kekecohan Di Parlimen

@emjay_733

Pakai tudung tapi menipu dan fitnah. Orang macam ni betul2 memalukan bangsa Melayu dan agama Islam #pnbest #pnbest??? #pnbestbersihdanstabil #PNbest

♬ original sound – Em Jay – Em Jay

Dalam ucapan tersebut, Siti Mastura berkata bekas Menteri Kewangan itu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Kuan Yew yang juga bekas Perdana Menteri Singapura, selain Bapa Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang itu juga mengaitkan Guan Eng dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan pemimpin DAP lain iaitu Teresa Kok, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham.

Susulan isu tersebut, Lim Guan Eng mengeluarkan satu kenyataan dalam sebuah sidang media di mana beliau akan mengambil tindakan jika Ahli Parlimen Kepala Batas itu gagal menampilkan bukti dari kenyataanya tersebut.

“Saya memberikan peluang kepada Kepala Batas untuk menunjukkan bukti, kalau tidak dapat buktikan kita akan ambil tindakan seterusnya, membabitkan semua tindakan yang perlu diambil.

Kita tunggu selepas Khamis, jika tiada bukti mengenai hubungan kekeluargaan, kita akan mengambil tindakan seterusnya… pihak berkuasa tidak boleh mengambil ringan kerana ia boleh memecahbelahkan rakyat,” katanya.

Dalam sidang media itu, Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menafikan sama-sekali kenyataan Siti Mastura itu serta menyifatkan kenyataannya itu sebagai sesuatu yang berbau perkauman serta ekstremis.

Sementara itu, selepas sesi Parlimen, Siti Mastura dilihat enggan menjawab soalan daripada pihak media berkenaan isu tersebut.

Sumber: TikTok, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.