“Aku terima nikahnya…”
Satu lafaz yang nampak mudah, tetapi sebenarnya sangat lah mencabar bagi kaum adam yang bakal mendirikan masjid.
Sebelum ini, banyak juga perdebatan mengenai isu lafaz akad nikah di Malaysia ni. Menurut Berita Harian, dikatakan kadi dan jurunikah pengantin di Malaysia ni suka ‘membuli’ bakal suami dengan ‘menyulitkan’ lafaz akad semasa nikah.
“Ayat lafaz akad yang disusun begitu ‘skema’ sampai pengantin kesejukan nak menghafaznya,” kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi satu kenyataan di Facebook suatu ketika dahulu.
Menurut sebahagian sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, sebenarnya apabila bapa bakal isteri atau wali menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya….” dan bakal suami menjawab akad dengan “saya terima, atau saya bersetuju” sahaja sudah sah ijab kabulnya.
Baru-baru ini, kecoh semula isu ini di media sosial, Twitter sehingga ada segilintir netizen yang berkongsikan pengalaman menghadiri upacara pernikahan komuniti Muslim di luar negara yang dikatakan sangat berbeza dengan di Malaysia.
Pernikahan di London
Menerusi tweet daripada @mrfotografer_, dia berkongsikan pengalamannya menjadi saksi majlis akad nikah satu pasangan di Central Mosque London. Menurutnya, pengantin lelaki ketika itu melafazkan akad “I marry you as my wife based on the Quran & Sunnah”, dan pengantin perempuan menjawab “I accept you as my husband”. Lalu, tak seperti di Malaysia yang memerlukan perkataan “sah”, di sana Imam akan mengumumkan “Now, I declare you both as husband & wife”. Dah macam dalam cerita omputeh pula!
Pernikahan di Cambridge
Lain pula pengalaman @kekhalid ini. Katanya ‘tok kadi’ di Cambridge Mosque berjaya buat satu rombongan rakyat Malaysia di sana terpinga-pinga dengan akad nikah ketika itu.
“Do you accept the offer of marrying the bride?”
Lalu, semudah “I accept” sahaja upacara pernikahan tu settle. Sah! Kalau min pun terpinga-pinga. Eh dah sah?
Pernikahan di Doha
Sama juga di Doha, Qatar. Menurut perkongsian daripada @nick6ty8, ketika dia menghadiri pernikahan sahabatnya yang berkahwin dengan seorang Muslim British di negara Qatar, mereka pun tak macam pernikahan di Malaysia ni. Tak payah sebut mas kahwin pun, lafaznya cuma “I marry you as my wife based on Quran & Sunnah”, lalu Imam lafaz “Alhamdulillah, I declare you as husband & wife”. Semudah itu dan kedua-dua pengantin tanda tangani surat nikah mereka. Settle!
Sebenarnya, Islam tu mudah dan memudahkan. Jadi, apa yang membuatkan lafaz akad nikah di Malaysia ni menjadi satu ungkapan yang rumit bagi kaum adam ya?
Sumber: Berita Harian dan Twitter
Baca: Dah ready nak nikah?- [VIDEO] Ini Prosedur Sebelum Nikah Dari JAWI Yang Korang Kena Buat