in

Dakwa Bungkusan Kuih CNY Dibuka & Dimakan Staf, Wanita Ini Kecewa Dengan Servis Poslaju

cats 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila tiba sahaja musim perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina, servis penghantaran barang kebiasaannya akan sibuk dengan bungkusan-bungkusan daripada pelanggan.

Ditambah pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengehadkan kita untuk merentas negeri, rata-rata rakyat Malaysia menggunakan servis penghantaran barang untuk menghantar bungkusan kepada yang tersayang.


Baru-baru ini, timbul satu isu kurang enak daripada netizen berkenaan sebuah syarikat penghantaran barang yang terkenal di Malaysia.

https://www.facebook.com/740470249/posts/10158731836310250/?d=n

Dalam satu perkongsian di Facebook, seorang netizen mendakwa bungkusan kuih yang diterimanya telah dibuka dan dimakan oleh staf Poslaju Malaysia.

Menurut Jessica Sammy, kuih tersebut telah dibakar dan dibungkus oleh ibunya sendiri untuk sambutan Tahun Baru Cina. Sambung wanita ini, bungkusan ini dihantar dari Kuching, Sarawak ke alamatnya di Kuala Lumpur.

3 1

4

“Satu daripada bungkusan saya telah dimakan sehingga tinggal separuh”

Dalam hantaran tersebut, Jessica terkejut apabila bungkusan yang diterimanya tinggal hanya separuh. Selepas diperiksa, pita pelekat pada bungkusan tersebut sudah tertanggal seolah-olah telah dibuka oleh seseorang.

1

Lebih menyedihkan, bungkusan kuih tersebut adalah untuk sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba beberapa hari lagi.

2

Terkilan dengan servis daripada Poslaju Malaysia, wanita ini mempersoalkan etika pekerja yang tidak menjaga bungkusan pelanggan dengan baik.

Dia meminta Poslaju Malaysia agar mengambil tindakan berkenaan isu ini. 

Apa pendapat anda tentang isu ini?

 

Sumber: Jessica Sammy

 

BACA“F*ck You!” –  Rider FoodPanda Kena ‘Sembur’ Dengan Pelanggan Sebab Dapat Ayam KFC Kurang & Tiada Nuget

cats 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.