in

Da’i Syed Ganggu Isteri Orang Ketika Hana Sedang Hamil?

Da'I Syed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita mendakwa dirinya pernah diganggu oleh pendakwah selebriti Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful pada Mei lalu.

Lebih mengejutkan, gangguan yang dilakukan oleh Da’i Syed itu dipercayai berlaku ketika isterinya, Hana Ismail sedang sarat mengandung.


Menurut wanita tersebut, Da’i Syed mengetahui status wanita tersebut yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.

“Tetapi dia tetap mengganggu saya dengan ‘jom call’, ‘nak call’ (saya tak pernah angkat bercakap dengan dia melalui telefon),” katanya dalam satu hantaran di laman Threads.

Da'i Syed

Da'i Syed
Antara tangkap layar yang dikongsikan wanita tersebut.

Artikel berkaitan: Da’i Syed Ke Penjara Kajang, Mahkamah Tolak Rayuan Tangguh Hukuman

Artikel berkaitan: Da’i Syed Dipenjara 10 Tahun & 3 Sebatan Sebab Merogol

Wanita tersebut berkata, dia beranggapan Da’i Syed ingin mendapatkan nasihat guaman pada awalnya.

Namun, perbualan mereka lama-kelamaan bertukar arah sehingga Da’i Syed sanggup mengajaknya ke luar negara.

“Saya jenis yang bersangka baik tapi bukan bodoh. Bahkan memahami maksud yang tersirat atau petunjuk.

“Kasihan isterinya, tak akan dia tidak tahu perangai suaminya macam ini,” katanya.

Pada 30 Ogos lalu, media melaporkan, Da’i Syed telah menangis teresak-esak selepas Mahkamah Seksyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.

Sebelum ini, pada 10 Disember 2020, Da’i Syed mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, 11 September 2019 lalu.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.