Mungkin ini lah penyebab kenapa ramai yang rimas apabila berjumpa dengan ejen-ejen insurans ini, tidak dinafikan penting untuk seseorang itu mempunyai hibah, tapi kalau nak approach prospek itu, biarlah betul caranya.
Dah lah kecik2 susahkan mak ayah – Ejen
Satu perkongsian di Twitter viral semalam apabila individu kongsikan satu perbualan daripada salah seorang ejen insurans ini telah menarik perhatian orang ramai apabila melihat caranya yang dikatakan menggunakan kaedah guilt trip kepada seseorang untuk ‘tarik sales‘.
Sekadar info, guilt trip ini adalah tindakan yang membuatkan orang akan rasa bersalah yang mendorongnya berubah sikap dan membuat satu tindakan, bagi netizen ini salah satu contohnya, baca perbualan ni….
What kind of insurance agent is this? Imagine saying all this to an oku person as if they don’t realise they already “susahkan” their parents for being an oku, wheelchair bound pulak tu. Tahulah nk jual product, tak cakap benda2 menyakitkan hati boleh kan?”
Majoriti dalam lebih daripada 1,500 netizen yang retweet perkongsian FA ini menzahirkan rasa geram dan marah, ini kerana kata-kata itu didakwa telah ditujukan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).
I knew being an oku is not a reason not to give back your parents but this is not the way to explain/suggest it duhhh.
— FA (@chimchimairways) March 6, 2022
Cuba tanya balik hutang dia dengan mak ayah dia dah settle ke belum – Netizen
Dalam pada itu, ramai netizen anggap cara ini dah lama dan ia sebenarnya tak proper dan langgar etika, malah ada juga ceritakan pengalaman yang mereka lalui lebih kurang sama sejak beberapa tahun dulu.
Apapun, keputusan terletak di tangan kita untuk ambil atau tidak dan lain orang lain cara nak balas jasa ibu bapa mereka, tapi usahlah sampai nak buat macam ni kalau betul nak ‘concern’ dengan orang sekalipun.