Biasalah bila musim persekolahan dah bermula ni, ibu bapa akan kerap berjumpa dengan cikgu sekolah atau tadika sebab nak uruskan hal berkaitan anak masing-masing.
Namun tak sangka pula ada golongan bapa yang ‘nakal’ mula terpaut hati melihat cikgu-cikgu zaman sekarang yang semakin cantik dan pandai berfesyen.
Kalau setakat tegur-tegur biasa cikgu tu okey lagi. Tapi ada pula yang siap ambil gambar cikgu ni dan muat naik ke media sosial. Eh apa motifnya?
“Bapak-bapak yang dah ada anak sekolah tu… rajin-rajin la jengah-jengah anaknya kat sekolah ye”
Menerusi perkongsian netizen di Facebook, seorang lelaki yang berpangkat bapa didakwa memuat naik gambar seorang cikgu tadika anaknya tanpa pengetahuan cikgu tersebut.
Disebabkan rupa paras cikgu tu yang cantik, tak pasal-pasal gambar tersebut telah menjadi ruang untuk netizen lain melemparkan komen berunsur sexual harassment kepada cikgu tersebut pula. Haih apa nak jadi parents zaman sekarang ni!
“Tolonglah masyarakat ubah pemikiran korang, dah tahun 2020. Stop sexual harassment in social media”
Lebih memalukan menurut netizen ini, lelaki tersebut juga merupakan seorang individu daripada golongan professional yang bekerja di bahagian perubatan. Adoi!
Menurutnya, kejadian seperti ini tak sepatutnya berlaku sebab bapa tersebut telah menghantar anaknya ke sebuah tadika yang berunsur keagamaan dan mengajar tentang al-quran. Sepatutnya tunjukkanlah contoh yang baik untuk anak kan?
Apa-apapun bagi min, sebagai ibu bapa kita janganlah memalukan diri sendiri dengan mempunyai mentaliti macam ni. Kalau nak anak kita jadi orang yang baik, kita dahulu kena tunjukkan teladan yang baik.