Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil bersuara dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini membidas kelewatan siasatan kes buli yang berlaku baru-baru ini.
Syed Saddiq dalam perbahasannya mempersoalkan mengapa pihak berkuasa perlu tunggu untuk mengambil tindakan sewajarnya sehingga kini menjadi kecoh di seluruh negara.
“Kita lihat kes adik Zara. Dah viral, dah ada protes, baru ada keberanian nak tukar pengetua, warden dan polis penyiasat serta buat bedah siasat.
“Persoalan saya kenapa lambat sangat, perlu tunggu dua tiga minggu baru nak ambil tindakan?”
Artikel berkaitan: “Tiba-tiba polis datang sekolah” – Jadi Mangsa Buli, Tindakan Murid Ini Buat Satu Sekolah Tergamam
Artikel berkaitan: Selepas 500 Hari Berunding, Syed Saddiq Dapat Peruntukkan RM200K Untuk Muar
Katanya, kes buli kini dilihat semakin sistemik apabila pihak pentabiran bersikap tidak bertanggungjawab dan gejala buli ini telah dianggap sebagai satu budaya.
“Buli sistemik ini tidak hanya melibatkan pembuli. Buli itu sistemik apabila melibatkan warden yang culas dalam tanggungjawabnya, ia melibatkan pengetua yang menutup mata dan mulut untuk menjaga nama baik dan maruah sekolah.
“Ia melibatkan kawan-kawan sekolah yang menghalalkan buli dengan alasan, “Ini budaya kita yang kita warisi dari senior kita.”
@nizaaa.abil_ Terima kasih YB Syed Saddiq atas keberanian menyuarakan isu adik Zara Qairina. Harapan kami keadilan dapat ditegakkan. 🥺 #justiceforzara @Syed Saddiq #syedsaddiq #bellaastillah #fyp #trending #MuarSabah #bellasyedyes #couple #BASS #fypage #fypシ゚ #fyppppppppppppppppppppppp
Mengulas lanjut, beliau menyeru kerajaan mengambil tindakan lebih tegas terhadap pihak yang membiarkan kes buli, seperti mana undang-undang sedia ada membolehkan tindakan diambil terhadap ibu bapa yang cuai terhadap anak mereka.
“Lihat di rumah, kalau ibu-bapa culas tanggungjawab sehingga anak-anak cedera, tindakan jenayah boleh diambil.
“Kenapa tak boleh ambil tindakan sama terhadap pemerintah di sekolah. Tanggungjawab sama yang diletak pada ibu-bapa mesti turut diletakkan atas bahu pemerintah sekolah,” katanya.
Menurut Syed Saddiq, kadar kenaikan kes buli di Malaysia iaitu di peringkat sekolah naik 20 kali ganda sepanjang tahun 2021 hingga 2024.
Tegasnya, kerajaan perlu membanteras gejala buli sepenuhnya dengan ‘memiskinkan’ semua sistem sokongan pembuli itu sendiri.
Sumber: TikTok, Berita Harian