in

“Dah terbalik!” – Netizen Tak Setuju Mufti Pulau Pinang Minta Maaf Sebab Tegur Siti Nurhaliza

tokti mufti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh mengenai konsert solo Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bakal diadakan pada bulan Mac ini dikatakan tidak menghormati kedatangan bulan Ramadan yang jatuh beberapa hari selepas konsert itu.

Konsert yang diberi nama Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza itu dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac ini.


Artikel berkaitan: “Saya hanya beri pandangan” – Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf, Tiada Niat Pertikai Konsert Tokti

Artikel berkaitan: “Hormat kedatangan Ramadan” – Bakal Buat Konsert 9 Mac Ini, Mufti Saran Siti Nurhaliza Anjakkan Tarikh

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengeluarkan satu kenyataan berbaur teguran kepada Siti Nurhaliza serta penganjur untuk menangguhkan konsert tersebut memandangkan ianya terlalu hampir dengan kedatangan bulan Ramadan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Pun begitu, selepas teguran itu diberikan pihak Siti Nurhaliza mengeluarkan kenyataan serta memberikan penjelasan mengapa konsert solonya itu diadakan pada tarikh tersebut.

Susulan itu, Datuk Seri Dr Wan Salim membuat permohonan maaf atas teguran itu namun ramai netizen yang seakan tidak setuju dengan tindakan Mufti itu kerana bagi mereka beliau tidak sepatutnya memohon maaf kerana memberikan teguran.

cats 56

Dalam satu posting TikTok berkenaan isu itu, dapat dilihat ramai netizen yang mempersoalkan mengapa Mufti Pulau Pinang perlu memohon sedangkan ianya sesuatu yang benar.

Apa pendapat korang pula? 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.