in

“Dah tegur tapi degil” – Individu ‘Sound’ Lelaki Promosi Judi Di Bazar Ramadan

promosi judi di bazar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bazar Ramadan merupakan lokasi orang ramai membeli juadah untuk berbuka puasa. Selain itu, ada juga segelintir bazar yang menyediakan tempat pembayaran zakat fitrah untuk kemudahan umat Islam.

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang sudah menyalahgunakan lokasi bazar sehingga mencemarkan suasana di bulan mulia ini.


Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok baru-baru ini, dia yang dikenali sebagai Oppa Zuzu mendedahkan ada pihak mempromosikan aktiviti perjudian secara terbuka di Bazar Stadium Ipoh.

Artikel berkaitan: Tak Serik-Serik Lagi! Kecoh, Dua Lagi Iklan Judi Raya Bakal ‘Dilancarkan’, Katanya Kali Ini Lebih Pendek?

Artikel berkaitan: “Dia tanya bazar dulu” – Netizen Terhibur Tengok Pasangan India ‘Excited’ Pergi Bazar Ramadan

Dia yang juga seorang peniaga mendakwa seorang lelaki sedang mengedar iklan judi serta perkhidmatan Ah Long di gerai-gerai peniaga di kawasan terbabit.

Menurut Oppa Zuzu, dia sudah memberi teguran namun individu terbabit masih berdegil untuk meneruskan kerjanya.

@ezzuchang

Promote Judi Di Bazar Stadium Ipoh! AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR! #ezzuchang #oppazuzu #fyp #foryoupage #tiktokguru #foryourpage #ramadhan2024 #bazarstadiumipoh2024

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Justeru, dia terpaksa merakam dan menyebarkan tindakan individu berkenaan supaya pihak berwajib boleh mengambil tindakan lanjut.

Dalam video berdurasi satu minit lapan saat itu, Oppa Zuzu menegur lelaki berkenaan dalam bahasa Mandarin dan memintanya untuk keluar daripada tapak bazar Ramadan.

“Mula-mula masa dia edar saya dah tegur, tapi dia still berdegil edar dekat gerai-gerai orang Melayu kita. So saya terus buat video ni supaya pihak berwajib boleh ambil tindakan.

“Ramai orang Melayu kita dalam kesusahan dengan keadaan ekonomi kita sekarang ni. Tapi macam mana pun saya harap kita takkan terjebak dengan benda macam ni.

“Jika terjebak maka meranalah hidup. Semoga semua lebih peka dengan keadaan sekeliling dan tidak mendiamkan diri dengan benda-benda yang merosakkan bangsa dan agama,” katanya.

Perkongsian video itu telah meraih perhatian ramai, rata-rata netizen memuji tindakan Oppa Zuzu yang tangkas mencegah perkara tersebut daripada berleluasa di bazar berkenaan.

Ada juga mengatakan, pihak ini turut melakukan kegiatan tersebut di bazar-bazar lain.

Screenshot 2024 03 29 123810 Screenshot 2024 03 29 123837 Screenshot 2024 03 29 123639

Harap pihak berkuasa ambil tindakan segera dengan isu ini.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.