in

“Dah tak boleh berjalan normal” – Lidah Mengeras, Prince Syed Dakwa Isteri Terkena Sihir

ft price syed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disangka hamil, rupa-rupanya isteri kepada usahawan sensasi Prince Syed dikatakan terkena perbuatan sihir.

Ianya selepas Prince Syed memuat naik foto dan video isterinya, Fatin Syazwani berada dalam keadaan lemah dan berwajah pucat.


Artikel berkaitan : “Beliau berharap agar saya mendapat hak saya” – Nora Dihubungi Rossa Sejurus Muat Naik Isu Lagu ‘Sinaran’

Artikel berkaitan : “Terus pergi dekat kesayangan” – Netizen Cair Lihat Gelagat Syed Saddiq Lepas Tamat Kejuaraan Iron Man Dunia

Katanya, dia mula menyedari perkara tersebut semasa berada dia sekeluarga bercuti di Langkawi. Sebagai seorang suami, Prince Syed tidak terdaya melihat keadaan isterinya dalam keadaan lidah mengeras dan tidak mampu berjalan dengan elok itu.

“Oklah harini kami terpaksa jujur, wife saya tak ok, dia sakit teruk, tolong doakan wife saya. Baru-baru ini saya ada publish video dan ramai kata muka wife saya nampak lain, ya… sebab dia tengah sakit.”

“Faham-fahamlah sakit pasal apa, sekarang mata wife terus jadi senget, lidah keras tak boleh bercakap dan lidah jadi pelik keadaannya.”

“Wife saya dah tak boleh berjalan normal, masa di langkawi dia dah kena dah tapi kami tak adalah nak fikir bukan-bukan. Sekarang, isteri saya sendiri kata suruh publish keadaan dia supaya orang tak salah tafsir dan harap orang faham yang dia tak boleh ada kat tapak niaga sementara kerana sakit teruk.”

“Dugaan Allah buat isteri yang sangat kuat selama ni, rasa tak bermaya lihat dia sakit camni, sesiapa boleh tolong? Harap ada keajaiban dari Allah sebab kami nak niaga Laksa Viral tapi orang asyik dengki.”

@prince.syed.shahid

Ok lah harini kami terpaksa jujur , wife saya tak ok , dia sakit teruk , tolong doakan wife saya , baru ni sy ada publish video dan ramai kata muka wife sy nampak lain , YES … sebab dia tgh sakit , faham2 lah sakit pasal apa … now mata wife terus jadi senget , lidah keras x leh bercakap dan lidah jadi pelik keadaannya dan wife saya dah x boleh jalan normal , masa di langkawi dia dah kene dah tapi kami x de lah nak pikir bukan2 , now dah tak boleh , isteri saya sendiri kata suruh publish keadaan dia supaya orang x salah tafsir dan harap orng faham yang dia x leh ada kat tapak niaga sementara … kerana sakit teruk , esok nak niaga kat GUAR UTAMA 😭 dugaan Allah buat isteri yang sangat kuat selama ni , rasa tak bermaya lihat dia sakit camni … sesapa leh tolong ? Harap ada keajaiban dari Allah sebab kami nk niaga LAKSA VIRAL tapi orng asyik dengki 😭 tak boleh lah tengok wife camni

♬ original sound – Prince Syed Couture – Prince Syed Couture

Menurut Prince Syed lagi, dia ada berjumpa dengan doktor setelah melihat keadaan isterinya, namun dia dimaklumkan bahawa isterinya itu kekurangan vitamin. Malah isterinya itu juga pernah muntah darah yang banyak selain pernah terkena gangguan mistik.

“Kami ada ke klinik untuk mendapatkan rawatan, kata doktor wife saya kurang vitamin dan disarankan untuk ambil drip tapi dia tak mahu.”

“Pernah juga wife saya muntah darah yang banyak. Mula-mula masa saya kongsikan video di TikTok orang ingat wife saya hamil.”

“Selain itu, ada juga berlaku kejadian pelik di tempat kami menginap, pintu rumah digoncang dan ditendang kuat. Tombol pintu macam nak tercabut ‘dia’ hentak. Lepas tu di tandas nampak ‘benda alah’ tu mencangkung.”

Sumber : Gempak, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.