Tak kisahlah berapa lama pun kita dah kahwin, ia bukanlah pengukur yang perkahwinan tu akan bahagia selama-lamanya. Yelah, sedangkan pantai pun berubah, ini kan pula hati manusia…
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah kongsikan screenshot luahan hati seorang wanita tentang suaminya yang nak kahwin lain.
Aku tak pernah perasan ada orang ketiga antara kami
Menurut wanita ini, dia baru saja bercerai dengan suaminya kerana suami dia dah suka dengan perempuan lain. Rakan sekerjanya.
“Aku tak kerja, aku berhenti lepas berkahwin. Duit nafkah aku dia tak pernah miss. Aku simpan dan guna sikit-sikit bila perlu.”
Wanita ini berkata, hubungan dia dan suaminya berjalan seperti biasa, bergurau senda, tak bergaduh mahu pun bermasam muka. Tambahan lagi, dekat rumah pun wanita ni cuba untuk jaga penampilan.
“Selama ni aku tak pernah perasan ada orang ketiga antara kami. Aku tak pernah ambil tahu hal sosial dia di tempat kerja.”
Satu hari dia balik bagitahu dia nak minta izin untuk berkahwin seorang lagi. Aku terdiam. Tak boleh nak menangis tapi dada rasa sesak, sebak. Rasa nak cungkil keluar letak luar.”
Wanita ini kemudiannya berkurung di dalam bilik sambil memikirkan apa kesalahan yang dia dah buat sepanjang 6 tahun perkahwinan mereka.
Dia nak anak. Sendiri.
“Hari ke 2, aku keluar bilik aku tanya dia sejak bila sukakan perempuan tu? Dia cakap dah hampir setahun. Aku diam.”
Aku tanya kenapa, dia cakap, dia nak anak. Sendiri.”
“Masalahnya sekarang, kami berdua subur, bukan tak pernah usaha, pernah.
Aku minta dia lepaskan aku cara baik.
Wanita ini kemudiannya meneruskan ceritanya dan berkata yang suaminya dah janji akan berkahwin dengan perempuan tersebut. Disebabkan itu, wanita tersebut meminta untuk dilepaskan dengan cara baik.
“Masuk minggu kedua, perempuan tu sekali pun tak ada datang jumpa aku. Kemudian sekali lagi dia cuba berbincang untuk poligami. Aku cakap tak nak.
“Itulah pertama kali dia marah aku beriya, katanya aku keras kepala dan mengungkit segala nafkah yang tak pernah tertangguh dan dalam keadaan marah, dia lafazkan cerai.”
Namun ceritanya tak terhenti setakat itu…
Dan hari ini, aku dapat tahu aku sah mengandung 12 minggu. :(“
Allahu, sedih betul cerita ni. Mungkin ada hikmahnya dorang bercerai.
Baca: Wife Busy Rancang Wedding Anniversary, Tapi Suami Kahwin Lain!