Tular di aplikasi X satu dakwaan mengatakan seorang pengacara terkenal yang mengendalikan sebuah syarikat, tidak membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan gaji pekerjanya selama beberapa bulan.
Individu yang mendakwa dirinya seorang bekas pekerja syarikat terbabit menyatakan dia telah membuat aduan di pejabat buruh dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), namun tiada tindakan yang diambil terhadap isu tersebut.
Luahan itu dibuat susulan kes seorang pelawak dikenakan denda kerana gagal membayar caruman PERKESO pekerja dalam syarikat yang diusahakannya.
Artikel berkaitan: Gagal Bayar Caruman PERKESO Pekerja, Shuib & Pengarah Bubblebee Didenda RM17,500
Artikel berkaitan: Netizen Minta Topik Tak Bayar PERKESO Dibincang Dalam Podcast, Ini Respon Shuib
“Dah pernah buat laporan dekat pejabat buruh KWSP, tapi tak jalan. Dah pernah viral sebelum ini tapi tak menjadi,” luahnya.
Hantaran luahan itu telah meraih perhatian pengguna X, rata-rata netizen dapat mengagak siapakah selebriti yang dimaksudkan individu terbabit.
Dalam pada itu, netizen juga menyarankan untuk individu terbabit mengadukan laporan ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) jika tiada tindakan menerusi pejabat buruh.
Jika benar dakwaan individu terbabit, diharapkan isu ini dapat pembelaan sewajarnya.
Sumber: X