in

“Dah mula jadi task politik” – [Video] Orang Wuhan Senyap-Senyap Bawa Mayat Pesakit Covid-19 Sebab Nak Mantain ‘Zero Cases’?

Wuhan6

Seperti yang kita sedia maklum, di China sekarang sudah reda kes Coronavirus ini, bahkan negara mereka juga sudah menghentikan perintah lockdown dan boleh menjalani kehidupan normal.

Malah negara itu sekarang sudah mencatatkan kosong kes terbaru akibat jangkitan virus yang kini dikenali sebagai Covid-19 ini.

Namun begitu, ada seorang Youtuber mendedahkan bahawa kes ini sebenarnya masih wujud di negara tersebut cuma ia dirahsiakan, ia menjadi tumpuan netizen apabila wanita yang dikenali sebagai Jennifer Zeng ini mendedahkan satu rakaman video di Wuhan.

 

‘Zero Cases’ dah mula menjadi tugas politik”

Dalam video itu, kelihatan beberapa orang memakai PPE dikatakan mengusung mayat pesakit Covid-19 dalam keadaan berbungkus. Kegiatan itu dilakukan pada larut malam.

Kata Jennifer, kejadian ini berlaku di Wuhan dan hal kes ini sudah menjadi hal politik dimana mereka mahu sembunyikan kes ini daripada mata umum untuk maintainkan Zero Cases di negara mereka.

Tambahnya lagi, tujuan mereka ambil mayat pada larut malam adalah untuk menyembunyikan perkara ini.

Video pendedahan ini telah mengejutkan ramai netizen sehingga meraih 11,000 jumlah retweets dalam masa 13 jam ia dimuatnaik.

Rata-rata marah dengan tindakan mereka kerana dikatakan memberikan maklumat palsu kepada WHO.

Bagaimanapun ada juga yang mendakwa segala video yang nampak di media sosial itu adalah video orang bunuh diri dan tak ada kaitan dengan kes Covid-19.

Tetapi, ramai juga netizen tak percaya.

 

Menipu – Netizen

Wuhan2

Hurm, kalau bunuh diri kenapa kenapa pakai PPE? Mungkin ada lah tu sebab lain kot. Ada kemungkinan juga kes kematian biasa tapi sebagai langkah berhati-hati takut wabak itu datang balik.

 

Baca : “China ni kerja nak menipu je!” – [Video] Hospital Di China Tak Nak Terima Pesakit Covid-19 Sebab Nak Maintain ‘Zero Kes Baru’?

China

 

 

Sumber: Twitter