Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, Perodua Myvi adalah kenderaan yang sangat ikonik dengan rakyat Malaysia.
Selain daripada menjadi medium pengangkutan utama pemiliknya, Myvi juga diberi gelaran King of The Road dek kerana kebolehannya dan pengelibatan dalam sesuatu situasi atau perkara yang pelik dan aneh.
Terbaharu yang tular di sosial media, sebuah kereta Myvi didapati telah membawa sofa di atas bumbungnya. Memang agak aneh, tapi apa yang Myvi tak boleh buat kan? Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok video @utusantvofficial di bawah.
@utusantvofficial Mungkin masa jurutera reka Myvi dia memang dah mengambil kira untuk bawa sofa 🤣🤣🤣. 📽 Kredit Owner #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #myvi #king
Artikel berkaitan: “Senang kerja kau?” – Dua Lelaki Kantoi Curi Sawit Guna Kereta Myvi
Artikel berkaitan: Netizen Terkejut Pemuda Santai Bergambar Dengan Myvi Terbalik Lepas Accident
Dah macam Mr Bean
Rata-rata netizen yang melihat video itu terhibur dengan gelagat Myvi merah tersebut. Ada juga yang kagum dengan kebolehan Myvi untuk melakukan apa sahaja, dan tak kurang juga menjadikannya bahan jenaka.
Min pun teringat Mr Bean bila tengok video ni. Nasib baik driver tak duduk atas sofa atas kereta tu je sambil tekan pedal minyak guna penyapu. Kalau tak, memang macam Mr Bean habis.
Pandai berjimat dari kena sewa lori. Harapnya lokasi pemindahan sofa tu tak lah jauh sangat. Bukan apa, risau gak min tengok kalau jadi apa-apa dengan pengguna jalan raya lain kan.
Myvi kot. Gelaran King of The Road tu bukan sesaja tau. Sebab dia boleh pakai untuk buat apa saja lah diberikan gelaran tu. Tahniah Myvi dah boleh ganti lori untuk alih pindah sofa.